hayyan nasma'

Monday, February 14, 2011

Apakah pndekatn dkwah y trbaik yg dpt dterapkan dlm keluarga?bagaimana pula cara pelaksanaannya?


Solehah said
InsyaAllah,dlm mympaikan dakwah samada dlm klgn kelurga mhupun selainnya perlulah kta mencontohi method yg digunkn oleh Rasullullah s.a.w.
Bagi seorg dai'e sudah tentu perlu memegang dan seterusnya mengaplikasikan 4 sifat yang ada pada diri Rasulullah s.a.w,(Murabbiyah agung,Qudwah Hasanah) iaitu:

1)SIDIQ
2)FATHONAH
3)TABLIGH
4)AMANAH

Perlunya bagi seseorang dai'e itu mempunyai sifat benar iaitu benar dari segi niatnya dalam berdakwah,benar dari segi tindak tanduknya dalam menyebarkan dakwah pada dirinya sendiri dan insan lain.Bijaksana dalam mencipta strategi dalam penyebaran dakwah.Menyampaikan kepada yang lain disamping mengislah diri menjadi salah satu prinsip hidup dalam berdakwah.Amanah dalam segala hal.

Berikut merupakan beberapa cara yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyempaikan dakwah:

1)Ar-Rifq(berlemah-lembut)

Firman Allah:Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu),dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati,tentulah mereka lari dari kelilingmu...(Al-Imran:159)

Firman Allah:Serulah(manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah mauidzoh hasanah (pelajaran yang baik) dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(An Nahl:125)

2)Menjauhkan sikap agresif

Apabila di cemuh ataupun dicela,maka perlunya tiga perkara ini bagi seorang dai'e:
-As-sobr(Sabar)
-Tanashuh(Menjaga)
-Taghafur(Memaafkan)
-irsyadu bil husna (membimbing dengan cara yang baik)

3)Tarbiyah bittamhid wa tasywiq (tarbiyah dijalankan dengan perlahan-lahan bukan dengan tergesa-gesa dan bukan juga dengan secara paksaan)

4)At-tasyji' (motivasi atau galakan kepada diri sendiri dan juga kepada madu')

5)Dahulukan husnu zhon dalam segala hal

Setelah menggunakn segala method diatas,maka perlulah "Tawakal ilallah" segala urusan serahkan kepada Allah.Apa yang penting kita telah berusaha menyampaikan,ketahuilah dan ingatlah hati-hati mereka (madu') adalah milik Allah jua.Allah jualah yang memegang hati-hati mereka.Allah jualah yang memberi hidayah kepada mereka.Kita(Dai'e) hanyalah sebagai wasilah penunjuk arah ke jalan hidayah bagi setiap pencari hidayah (madu') dan  Allah jualah sebagai pemberi hidayah kini dan selama-lamanya.Ingat bahawa apabila kita telah menjadi madu',berusahalah untuk menjadi dai'e.Dan apabila kita telah menjadi dai'e maka jangan lupa bahwa kita juga adalah madu'.Jika kita ingin berdakwah dalam kalangan family,caranya adalah sama seperti di ats,namun perlulah digandakan lebih lagi kerana kita ma'lum apabila nak menyampaikan dakwah kepada orang yang kita rapat dan sangat saling mengnali sebenarnya lebih sukar bebanding sebaliknya.Maka gandakan lagi usaha apabila ingin mentarbiyah orang yang kita saling kenali terutamanya dalam kalangan keluarga.Bagaimana sayang kita kepada mereka (keluarga) lebih berbanding sayang kita kepada insan-insan lain kerana keterikatan darah yang sama,begitu jualah usaha dan kesabaran kita dalam menyampaikan dakwah kepada mereka (keluarga) jua perlulah lebih lagi berbanding yang lain.

Anis said
Keluarga adalah objek dakwah yang harus mendapat perhatian serius oleh  para da’i khususnya.Tanpa  asas  Dakwah atau amal Islami yang didasari Iman, maka tiada buah kepada Iman  dan  tiada Amal Islami sejati pun yang hendak diperjuangkan.  Allah SWT menyeru dalam surah at Tahrim ayat 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
(“Wahai orang yang beriman,Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”)
Dakwah dalam  keluarga adalah penting, kerana keluarga merupakan pendorong yang paling kuat. Keluargalah yang akan menjadi penolong pertama ketika kita berada dalam kesulitan dalam dakwah. Rasulllah SAW sendiri ketika diangkat menjadi Rasul, yang pertama kali menjadi pengikutnya adalah Khadijah Binti Khuwailid r.a, Istri baginda. Baru kemudian para Asabiqunal awwalun seperti Abu Bakar , dan Utsman bin affan. Dakwah dalam  keluarga menjadi sesuatu yang penting  untuk dilakukan, kerana sekuat dan sehebat mana seorang aktivis dakwah disaat dia menyampaikan dakwahnya  namun,ketika dia lelah tetap akan kembali ke rumah / keluarga. Dakwah keluarga penting, kerana  keluarga juga boleh menjadi fitnah terbesar jika kita tidak memimpin mereka ke jalan yang benar.
      Jesteru,pendekatan dakwah yang terbaik yang dapat diterapkan dalam keluarga adalah dengan : 1mengislahkan diri  terlebih dahulu sebelum  mengajak  mereka untuk  melakukan satu  perubahan dalam diri mereka  kerana seorang mukmin, seharusnya  menjadi qudwah hasanah dalam keluarganya .Dalam era globalisasi ini,banyak cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh para Da’i sekiranya,da’i  tidak  mempunyai pemahaman yang mendalam dalam ilmu dakwah. Ketua keluarga da’i  menghadapi cabaran untuk dia mampu mempengaruhi isi keluarganya supaya menerima ajaran Islam yang syumul serta mengamalkannya. Dia juga sepatutnya mampu mendorong ahli keluarga  menghormati fikrah Islam yang sahih dalam proses pengislahan masyarakat. Seterusnya dia harus mampu membawa mereka ke dalam kancah perjuangan dakwah.
Selain itu,antara pendekatan lain,kita juga boleh 2) Membantu kedua ibubapa  iaitu dengan membantu mereka apabila tiada pembantu, jangan malas untuk membantu ibubapa. Karena ini kesempatan yang baik untuk mendekatkan diri kepada mereka.Contohnya, dengan membantu mencuci pinggan, menyapu, menyiram, , mermasak, dan lain-lain.
 3) Mendengarkan masalah dan beri penyelesaian yang Islami seperti pada hujung minggu adalah waktu berkumpul keluarga. Banyak hal yang biasanya dibincangkan. Dan bila keluarga ada masalah, dengarkanlah masalah mereka dan beri penyelesaian yang Islami.
 4)Disiplin saat menonton TV,Menonton TV jangan dianggap remeh. Apa jadinya bila aktiviti  kita ternyata masih suka menonton drama cinta, gossip dan lagu-lagu rock.
5). Mendoakan di shalat malam..Meski kita berikhtiar siang dan malam, tetapi hidayah tetap hak Allah. Maka jangan lupa mendoakan mereka di setiap selesai shalat dan di setiap shalat malam kita.
6) Perpustakaan Islam di rumah.Bilik kita penuh buku-buku, wawasan kita menjadi luas. Tetapi keluarga kita tidak. Maka keluarkan buku-buku itu dan letakkan juga di perpustakaan keluarga. Atau bila belum ada perpustakaannya, kita buat sendiri dengan mencari ruangan yang boleh dilihat oleh seluruh ahli keluarga.
7)Hiasi rumah dengan suasana Islami.Simbol-simbol Islam kadang-kadang  perlu kerana ia dalam  lingkungan sebahagian dari dakwah. Kita boleh membeli kaligrafi Islam, atau kabah, dst. Dan mengurangkan adanya patung-patung.
Justeru,dengan sedikit perkongsian pendekatan yang dapat diterapkan dalam keluarga,insyaAllah ia boleh membantu menjadikan sesebuah keluarga itu lebih erat dan hidup bahagia dalam Redanya..Dan Bersabarlah jika perubahan masih belum berlaku kerana hidayah itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Taala dan ingat, Dia menilai proses, bukan hasil. Selamat berjuang ikhwah fillah.

Roshaida said
Dakwah adalah tanggungjawab setiap individu muslim. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan terutamanya, suami atau ketua keluarga mesti menjalankan dan menggalas amanah ini dengan sebaiknya. Sebagaimana firman Allah s.w.t :
34. kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar. (an-nisa’: 34)

Setiap ahli keluarga juga perlu mengambil bahagian atau mengambil berat akan tanggungjawab untuk berdakwah dalam keluarganya. Cara atau pendekatan yang digunakan hendaklah bijaksana dan sesuai dengan mad’u supaya ianya berkesan dan tidak mengakibatkan salah tanggapan mad’u terhadap kita. Firman allah s.w.t :
125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (an-nahl: 125)

Ini kerana, setiap manusia mempunyai ego mereka masing-masing. Oleh itu, kita haruslah menggunakan wasilah yang betul dan sesuai dengan keadaan dan taraf mad’u kita. Di samping kita berdakwah dengan berhikmah kepada ahli keluarga, kita juga mesti menunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka. Dengan cara ini, mereka akan lebih yakin dan mudah-mudahan terbuka pintu hati mereka untuk menerima perkara baik yang kita nasihatkan. Firman Allah Taala:
82. Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar maka Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah Dengan cara Yang jelas nyata. (an-nahl : 82)


No comments:

Post a Comment