hayyan nasma'

Tuesday, December 19, 2017

KERETA BARU SUATU KEPERLUAN ATAU IDAMAN?

Seperti cendawan tumbuh, isu ekonomi anak muda sering dibicarakan di media elektronik atau media cetak. Oleh kerana hala tuju anak muda sebagai pewaris negara bangsa anak muda sering dijadikan satu kunci capaian bagi negara membangun. Kebiasaan yang berlaku selepas tamatnya seorang mahasiswa daripada sesebuah institusi ialah ke alam pekerjaan.



Hari ini kita akan membincangkan secara jelas keinginan dan capaian bagi anak muda iaitu 3k kahwin, kereta dan kediaman. Ketiga-tiga isu ini menjadi sasaran setiap anak muda yang sudah tamat pengajian atau yang sedang berusaha menamatkannya.  Istimewanya coretan kali ini adalah berkenaan kereta baru satu keperluan atau idaman?

Ramai pakar-pakar tulisan tidak menolak bahawa kereta baru adalah pilihan utama anak muda selepas memasuki fasa pekerjaan. Tidak lupa juga ada yang mengkritik bahawa pembelian kereta adalah kesilapan besar bagi anak muda. Oleh yang demikian, anak muda mestilah menentukan kereta itu adalah idaman atau keperluan?

Bagi pengkritik bahawa belian kereta adalah kesilapan, mereka perlu akui bahawa kebanyakan anak muda tidak melihat pandangan kritikan mereka sebagai panduan kerana tidak melihat secara dasar cita-cita anak muda. Anak muda melihat kereta idaman adalah suatu kepuasan bagi mereka selepas berhempas pulas bekerja. Impian ini bukannya baru dipasang tetapi sudah berakar sejak dibangku sekolah lagi dengan pengaruh media-media.