hayyan nasma'

Sunday, January 16, 2011

3. Ibu bapa soleh melahirkan anak yang soleh. Realiti atau fantasi?

Apa kata mereka?

Aina said
Ibu bapa soleh melahirkan anak yang soleh.Ia adalah realiti.Contohnya, keluarga ustaz Harun Din.Ibu bapanya adalah seorang soleh dan solehah,lihatlah anak-anaknya,masing-masing merupakan Al-Hafiz serta ulama tersohor Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia khususnya.Ia bukanlah mustahil tetapi ia juga bukan mudah.Oleh itu,setiap individu terutamanya ibubapa haruslah berusaha serta bertekad disusuli pergantungan harap kepada Allah a'zzawajalla untuk menjadikannya realiti dan bukan lagi fantasi.wallahua'lam...

Solehah said
Jika ditanya kepada setiap insan,yang mana kamu kehendaki,sesuatu yang baik ataupun sesuatu yang buruk.Pastinya setiap insan akan menginginkan sesuatu yang baik hatta bagi insan yang selalu melakukan perbuatan yang buruk seperti pencuri,jika ditanyakan kepada pencuri tersebut antara barang-barang yang hendak dicuri,pastinya akan dipilih oleh si pencuri barang-barang yang berharga dan baik.Tidak dapat dinafikan,fitrah manusia yang masing-masing sangat menyukai kepada sesuatu yang baik.Namun begitu,sememangnya ramai yang menginginkan sesuatu yang baik,namun sangat sedikit yang berusaha melakukan sesuatu yang baik bagi menghasilkan sesuatu yang baik.Begitu juga dengan persoalan tentang Ibu bapa yang soleh melahirkan anak yang soleh.Kebanyakan ibu bapa pastinya tiada yang tidak menginginkan anak yang soleh.Namun ramai dalam kalangan ibu bapa tidak berusaha untuk mensolehkan diri bagi melahirkan zuriyat yang soleh.Ada sebahagian ibu bapa yang beranggapan,"biarlah diri kami tidak soleh,yang penting anak kami soleh kerana anak yang soleh itu jariah kami di syurga."Inilah yang dinamakan ibu bapa yang derhaka.Mereka menginginkan anak mereka menjadi anak yang soleh,namun mereka tidak pernah berusaha untuk menjadi ibu bapa yang soleh.Pada hakikatnya,bagaimana usia muda kita sebenarnya menggambarkan bagimana zuriyat keturunan kita akan datang.Jika usia muda kita di isi dengan amalan2 yang soleh dan remaja kita adalah remaja yang soleh,maka zuriyat keturunan kita juga pastinya menuju kearah itu juga, begitu juga sebaliknya.Cuba kita koreksi semula perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.Lihat bagaimana remaja Rasulullah s.a.w yang soleh telah berjaya mencorakkan zuriyat keturunan yang soleh.Namun begitu,jika kita telusuri semula kisah Nabi Ibrahim a.s,Bapanya bukanlah seorang yang soleh,tetapi bagaimana beliau dapat melahirkan anak yang soleh bahkan bukan sahaja seorang insan yang biasa2,beliau dapat melahirkan seorang nabi Allah.Namun apa yang pasti,bukanlah ini membuktikan bahwa  ibu bapa yang tidak soleh juga mampu melahirkan anak yang soleh.Adakah kita tahu kenapa Allah memilih bapa nabi Ibrahim a.s sebagai salah seorang bapa yang beruntung kerana mampu melahirkan anak soleh bahkan seorang nabi Allah sedangkan bapa Nabi Ibrahim a.s sangat membenci agama yang di anuti Nabi Ibrahim a.s.Hal ini tidak lain tidak bukan pastinya ada sesuatu yang baik pada pandangan Allah yang pernah dilakukan oleh bapa Nabi Ibrahim a.s samada sebelum mahupun selepas lahirnya Nabi Ibrahim a.s.Sungguh Allah Maha mengetahui tiap2 sesuatu samada sebelum mahupun selepas mahupun akan datang.Jadi kita tidak dapat menafikan bahawa berusaha menjadi ibu bapa yang soleh itu sangat perlu bagi melahirkan anak yang soleh.Ada juga berlaku,Ibu bapa soleh namun dikurniakan anak yang tidak soleh.Sepertimana yang berlaku ke atas Nabi Adam a.s.Sungguh Nabi Adam a.s merupakan seorang yang soleh,namun dia dikurniakan seorang anak yang tidak soleh berbanding beberapa orang anaknya yang lain.Lihat bagaimana Qabil pernah melakukan perbuatan yang tidak soleh iaitu yang paling besar beliau sanggup membunuh adiknya sendiri iaitu Habil.Bagaimana ini boleh berlaku.Allah datangkan kisah ini untuk kita berfikir.Tidak lain tidak bukan pastinya akan ada sesuatu yang terkait semula kepada ibu bapanya.Nabi Adam a.s pernah melakukan khilaf ketika di syurga sehingga dicampakkan ke dunia.Oleh itu,kejadian itu mungkin memberi kesan kepada anaknya.Allah berikan Qabil kepada Nabi Adam a.s mungkin sebagai kifarah atas dosa-dosa yang lalu dan mungkin juga sebagai ujian untuk meningkatkan lagi iman Baginda a.s. Oleh itu dapat di simpulkan di sini bahwa setiap ibu bapa yang soleh pasti akan mendapat anak yang soleh.Cepat atau lambat bukanlah urusan kita.Jika kita lihat anak kita tidak mempamerkan ciri-ciri anak yang soleh,koreksi semula diri kita,barangkali diri kita yang belum cukup soleh untuk mensolehkan anak kita.Namun,jangnlah kita terlalu  meletakkan suatu matlamat yang tinggi.Tidak mungkin anak kita mampu menjadi insan yang benar2 soleh/perfect di mata kita bahkan diri kita sendiri.Lihatlah barangkali ada sesuatu yang soleh yang kita tidak perasan yang sebenarnya wujud dalam diri anak-anak kita.Dan jika kamu merasakan diri kamu tidak soleh,namun kamu merasakan anak2 kamu merupakan anak yang soleh.Bersyukurlah dan sedarlah bahawa boleh jadi itu adalah disebabkan ada kebaikan2 kamu dahulu yang di pandang baik di sisi Allah.Dan Beristighfarlah kerna boleh jadi Allah datangkan kamu anak-anak yang soleh sebagai peringatan buat kamu supaya tidak menjadi ibu bapa yang derhaka.Ibu Bapa perlu berusaha merealitikan semua fantasi mereka bagi melahirkan anak yang soleh dengan berusaha menjadi ibu bapa yang soleh.

Fatihah said
Ibubapa adalah guru pertama bagi anak. Anak2 dilahirkan ibarat seperti kain yang putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anaknya. Iman pula ialah kepercayaan atau tasdiq. Ulama’ Islam telah memberi pengertian kepada iman iaitu tasdiq dengan hati, iqrar dengan lidah dan beramal dengan sekelian rukun. Iman adalah sesuatu yang perlu diusahakan untuk mendapatkannya dan tidak boleh diwarisi seperti harta. Jika ibubapa itu soleh dan solehah, tidak akan menjamin anak2nya juga akan menjadi anak yang soleh@solehah. Kita dapat perhatikan masyarakat disekekliling kita yang mana jika dilihat ayahnya imam masjid tetapi anaknya merempit. Ini salah satu contoh. Boleh jadi perkara ini kerana didikan yang salah ataupun sebagai ujian bagi sesebuah keluarga itu. Sesuatu yang normallah jika lima orang adikberadik yang empatnya semua baik tetapi salah seorangnya amat nakal dan degil. Ini jelaslah menunjukkan ibubapa yang soleh dan solehah tidak semestinya akan melahirkan anak2 yang soleh@solehah. 

Rashedah said
Penyataan bahawa ibu bapa soleh melahirkan anak yang soleh.  Hal ini merupakan faktor anak-anak menjadi soleh kerana ibu bapa telah mendidik diri mereka sebelum mereka mendidik anak-anak. Disamping itu, ibu bapa mempersiapkan diri untuk ilmu agama untuk dicurahkan kepada anak-anak. Tambahan pula ibu bapa sentiasa mendoakan agar memperoleh zuriat yang menjadi penyejuk mata (soleh dan solehah). Contoh dari penyataan ini ialah anak-anak Rasulullah S.A.W. merupakan anak yang solehah. Namun begitu, tidak semua anak yang soleh lahir dari ibu bapa yang soleh. Contoh yang kita dapat ambil ialah Nabi Ibrahim a.s merupakan anak kepada pembuat berhala manakala Nabi Nuh a.s diuji dengan anak dan isteri yang derhaka.


قال تعالى: وقل لعبادى يقولوا التى هي أحسن إن الشيطان ينزع بينهم إن الشيطان كان للإنسان عدوا مبينا ۞

Allah telah berfirman: Dan katakanlah kepada hamba-hambaku, “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh, syaitan itu (selalu) menimbulkan perselisihan diantara mereka. Sungguh, syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. 

Roshaida said
Amirul Mukminin, Khalifah Umar al-Khattab semasa hidupnya selalu berdoa, “wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa Khalifah Umar al-Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz. Peribadinya semulia peribadi datuknya, Saidina Umar al-Khattab.
                Inilah antara contoh situasi di mana ibu bapa yang soleh akan melahirkan anak yang soleh. Walau bagaimanapun, situasi ini juga bergantung kepada cara mereka mendidik anak mereka. Situasi sebegini adalah realiti dan bukan fantasi sama sekali tetapi tidak semestinya ibu bapa yang soleh akan melahirkan anak yang soleh. Ini kerana, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya sebagaiman firman Allah Taala :
 Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar.
Mungkin Allah ingin menguji ibu bapa tersebut. Sama ada hikmah itu kita dapat lihat di masa akan datang atau tidak, itu adalah dalam pengetahuan Allah, wallahua’lam.

Faizah said
Ibu bapa soleh melahirkan anak yang solehah adalah suatu realiti. Ironinya, anak soleh bermula daripada ibu bapa yang soleh dan solehah kerana ibu bapa lah yang mencorakkan anak mereka untuk menjadi soleh atau sebaliknya. Bak kata pepatah, anak borek ayah rintik dan ada juga yang menyifatkan jika ayah dan emaknya berkelakuan begitu jugalah dengan anaknya. Setiap kelakuan anak akan dikaitkan dengan peribadi ibu bapa mereka. Jika ibu bapa mereka soleh maka kemungkinan besar anaknya menjadi soleh tetapi macam mana pula orang yang bukan muslim dan memeluk agama islam? Adakah ibu bapa yang mengajak mereka memeluk islam? Atau mereka menerima hidayah dari Allah? Ya, itu lah jawapan. Kadang-kadang ibu bapa yang soleh tidak semestinya anaknya turut menjadi soleh. Apa yang nak dikongsikan disini, semuanya adalah ketentuan dan hidayah daripada Allah. Seperti mana lirik lagu rabbani yang selalu bermain di radio, “iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.” Hanya Allah sahaja yang boleh memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Seperti mana yang kita sedia maklum, bapa saudara nabi Muhammad iaitu Abu Talib tidak memeluk agama islam sehingga ke titisan yang terakhir. Abu Talib banyak menolong dan melindungi Rasulullah saw ketika Rasulullah ditimpa musibah. Rasulullah pernah berdoa supaya Abu Talib dapat memeluk agama islam tetapi doa Rasulullah tidak diperkenankan oleh Allah. Cerita ini memberi kita suatu ibrah bahawa hidayah datangnya daripada Allah dan Dialah yang mengetahui kepada siapa yang dia nak beri hidayah. Secara konklusinya, ibu bapa yang soleh tidak semestinya melahirkan anak yang soleh. Ibu bapa yang non muslim tidak semestinya melahirkan anak yang non muslim kerana semua itu adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Kita yang merancang tapi Allah yang menentukan.

Nabilah said
Bagi saya, ini adalah satu realiti kerana ibubapa yang soleh mampu membentuk dan mendidik anak kearah soleh dan solehah.
 Disini saya nyatakan 33 nasihat tentang cara mendidik anak yang dikemukan oleh Syaikh Muhammad Said Mursi adalah sebagai berikut :
  1. Anda boleh saja miskin harta, tidak mem-punyai sesuatu yang bisa anda berikan berupa makanan dan minuman untuk anak, tetapi anda tidak boleh miskin dalam pendidikan, maka hormatilah anakmu itu dengan memberikan pendidikan yang baik.
  2. Seorang guru harus bekerja sama dengan wa­li murid dalam memberikan pendidikan bagi murid-muridnya.
  3. Sahabat itu bisa saja hilang dan seseorang itu dengan agamanya bagai seorang kekasih, maka tunjukilah anak anda dalam memilih teman yang terbaik.
  4. Ketika anak anda melakukan kesalahan, arahkanlah dengan penuh kasih sayang, tidak dengan perasaan kecewa.
  5. Anak kecil itu bagai suatu bejana yang me­nampung segala kebaikan dan keburukan.
  6. Hati-hatilah, anda tidak boleh mengurangi perhatian terhadap anak disebabkan adanya adik baru.
  7. Tumbuhkanlah rasa cinta anak untuk membaca dan mendorongnya untuk menjadi orang yang paling pandai dalam urusan belajar.
  8. Keterbelakangan dalam urusan belajar tidak menunjukkan bodohnya anak tersebut.
  9. Televisi itu lebih banyak membawa kerusakan dibanding membawa manfaat, maka jangan biarkan anak anda menonton acara TV sema­unya.
  10. Dekatkanlah anak anda kepada Allah dan Rasul­Nya serta balasan di hari akhir. Ketika anak melakukan perbuatan baik, katakanlah padanya bahwa perbuatan ini adalah per-buatan yang diridhai Allah SWT, dan jika dia melakukan suatu perbuatan kejahatan, katakanlah padanya bahwa perbuatan ini sangatlah dibenci Allah, dan janganlah hanya mengatakan kepadanya bahwa perbuatan ini adalah salah tanpa memberikan alasan.
  11. Laranglah dengan tegas anak anda dari membaca bacaan-bacaan dan majalah-majalah yang kurang mendidik, serta menonton film-film horor dan khayalan yang menyesatkan.
  12. Janganlah sekali-kali anda memberikan nasihat kepada anak di depan orang lain.
  13. Pisahkanlah tempat tidur anak-anak dan jangan biarkan mereka tidur dalam satu kasur.
  14. Ajarkanlah kepada anak-anakmu yang sudah baligh tanpa malu-malu tentang sesuatu yang najis dan bagaimana membersihkan diri.
  15. Sebaiknya anak dijauhkan dari permainan yang menuntut tatapan mata tajam, seperti membaca huruf-huruf yang kecil ukurannya, karena menurut penelitian terdapat 80 % anak-anak tertimpa penyakit mata rabun dekat.
  16. Jangan menjelekkan anak anda di depan orang banyak.
  17. Jangan pernah berselisih dengan kawan atau isteri di depan anak-anak.
  18. Janganlah menghentikan pembicaraan anak ketika dia sedang berbicara.
  19. Perhatikanlah bakat dan kecenderungan yang dimiliki anak anda, seandainya belum memiliki suatu jenis bakat tertentu, maka pilihkanlah untuknya satu jenis pekerjaan atau olahraga yang dapat membantu menemukan jati dirinya, sehingga anak tidak merasa mempunyai kekurangan.
  20. Otak anak kecil itu bagai pisau yang tajam yang dapat menghapal segala sesuatu dengan cepat dan banyak tanpa memahami maknanya, oleh karena itu sibukkan mereka untuk menghafal al-Qur’an, al-Hadits, doa-doa dan dzikir.
  21. Janganlah kamu menakut-nakuti anakmu de­ngan kegelapan malam, jin Ifrit, pisau, hantu atau polisi.
  22. Berhati-hatilah, karena anak akan selalu metn­perhatikan dan berusaha untuk meng-ikuti anda dalam cara berjalan, berdiam, perkataan dan gaya berbicara anda, maka gunakanlah gambaran terbaik dirimu yang dapat dijadikan contoh baginya, karena jika tidak, kamu sendiri yang akan menyesal.
  23. Pendidik yang tidak mempunyai sikap kete­ladanan seperti orang yang menulis di atas air, karena seorang anak itu sangat mudah melupakan perkataan tetapi tidak mudah melupakan suatu perbuatan, oleh karena itu, berhati-hatilah anda dalam menjaga keteladanan, dalam setiap gerakan dan saat diam serta dalam setiap perkataan dan perbuatanmu. Seorang anak bagaikan cermin anda untuk berkaca diri.
  24. Akuilah kesalahanmu dan minta maaflah ke­tika anda melakukan kesalahan di depan anak-­anak, walaupun kesalahan yang anda lakukan itu sangatlah sederhana.
  25. Ajarilah mereka untuk bersikap lemah-lembut dan tidak kasar, karena pada dasarnya anak-anak itu mempunyai sifat yang lembut dan tidak kasar.
  26. Pakailah konsep Umar bin Khattab terhadap anak-anak, yaitu : "Tegas tanpa menampakkan kekerasan dan lembut tanpa menunjukkan kelemahan".
  27. Anak kecil membutuhkan dorongan, maka per­banyaklah mengucapkan padanya : teri-ma kasih, semoga Allah membalas segala ke-baikanmu, selamat untukmu, perbuatanmu baik dan lain-lain.
  28. Biasakanlah anak anda untuk shalat di masjid semenjak kecil dan temanilah pada setiap shalatnya.
  29. Biasakanlah anak perempuan anda untuk memakai jilbab.
  30. Biasakanlah anak anda untuk berpuasa se­menjak kecil secara bertahap.
  31. Hukuman tidak boleh meninggalkan bekas pada mental (jiwa) dan tubuh sang anak.
  32. Ajarkanlah anak untuk menyayangi yang kecil dan menghormati yang besar.
  33. Dalam mendidik anak, seharusnya memper­gunakan imbalan dan hukuman secara ber­samaan dan seimbang.
Allah SWT dalam al-Qur’an Surat Ash-Shaffat ayat 102 telah memberikan sample konkrit profil seorang anak shalih yang pernah terlahir di muka bumi ini dan telah memberikan pencerahan bagi peradaban manusia : “Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai (pada umur yang sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka, pikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab : Hai Bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (QS. Ash-Shaffat : 102)

Subhanallah. Kita senantiasa berharap, semoga Allah SWT bermurah hati untuk menganugerahi kita “Ismail-Ismail baru” yang shalih menggemaskan yang selalu menebarkan nuansa surgawi, menghamparkan pesona jannati, dan memercikan “air zam-zam” keteduhan di dalam keluarga kita. Allahumma amiin.


Anis said
Sesungguhnya anak-anak itu anugerah daripada Allah yang cukup berharga bagi ibubapa.Mereka merupakan amanah Allah yang harus di jaga dengan baik untuk memastikan keselamatannya didunia dan diakhirat..

kita sebagai ibubapa atau bakal menjadi ibu atau bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang soleh atau solehah yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati.Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan di akhirat...


                                       :  سبدا رسوالله صلى الله عليه وسلم  

Maksudnya :
“  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.


Justeru bagi ibubapa yang soleh melahirkan anak yang soleh  adalah satu realiti bukan sekadar fantasi semata kerana dari benih yang baik akan mengeluarkan tanaman yang baik.Yang mana,jika kita lihat ibubapa yang baik menjadi 'Qudwah Hasanah' pada diri anak-anak.Namun begitu,Ibubapa tidak boleh sahaja untuk berharap untuk mendapatkan anak yang soleh tanpa mempunyai sebarang usaha bagi mempunyai anak yang soleh.Pertama-tamanya Ibubapa perlu melakukan perubahan terutamanya perubahan sikap yang baik kepada yang lebih baik atau yang kurang baik kepada yang baik.

Ibubapa juga perlu memberi penekanan akhlak kerana ia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat.Sebagaimana sabda Rasulluah :

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia “.

Oleh itu,memiliki akhlak yang terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahahn terhadap keperibadian muslim yang sejati.

Dalam konteks ini juga,kita dapat lihat dari contoh tauladan  yang baik seperti para ulama' yang mana mereka berjaya melahirkan anak yang soleh.Mereka adalah contoh yang mana dari baka yang baik akan melahirkan zuriat yang baik...Namun,harus kita sedar bahawasanya IMAN adalah asas yang penting dalam diri.

Harus kita percaya  bahawa Allah itu Maha Mengetahui Dan Maha Mengadili.Setiap kebaikan dan keburukan yang kita lakukan akn dibalas oleh  Allah .Oleh yang Demikian,tidak hairanlah ibubapa yang soleh juga mempunyai anak yang kurang dari akhlaknya atau kurang dari solehnya.






2. Ibu bapa ikut kata anak atau anak ikut telunjuk ibu bapa?

Apa kata mereka?

Aina said
Berkenaan soalan yang kedua, mengikut pemerhatian saya, saya berpendapat bahawa ibubapa lebih banyak mengikut telunjuk anak-anak. Ini disebabkan alasan kononnya mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah dan merasakan kepahitan yang mereka lalui sewaktu mereka kecil dahulu.Hasilnya, apa sahaja permintaan ditunaikan. Malah,ia menjadi lebih teruk apabila ibubapa memberi kebebasan penuh kepada anak-anak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu.Kepercayaan terlampau yang diberikan kepada anak-anak akan menyebabkan mereka menyalahgunakannya ke arah keburukan.

 Fatihah said
Apabila ditanya persoalan diatas, banyak situasi yang dapat kita lihat di dalam masyarakat kita sekarang. Fenomena zaman kini kebanyakannya kita dapat lihat  ibubapa yang mengikut kata anak2 dalam banyak hal, tidak kiralah dalam soal apapun. Pada pandangan positif, persoalan yang perlu kita ambil berat ialah, tidak kiralah ibubapa mengikut kata anak ataupun sebaliknya, selagimana kita sebagai anak2 menjaga dari segi menjalankan kewajipan yang sepatutnya kepada mereka dan memberikan hak2 yang sepatutnya anak tunaikan kepada mereka jadi, selagi itu perkara ini tidak menjadi masalah. Jika kita lihat ibubapa sekarang ini lebih terbuka untuk memberi anak2 mereka peluang memikirkan sesuatu perkara dan membuat keputusan mereka sendiri tanpa adanya kongkongan daripada ibubapa mereka. Ibubapa member pandangan dan nasihat dan keputusannya terlatek ditangan anak. Jika dilihat dari sudut negetif pula, semua apa yang diingini oleh anak akn diberi oleh ibubapa dan akhirnya anak2 diibaratkan sebagai tuan pula dan ibubapa dibuat seperti orang suruhan dan orang gaji. Bak kata Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni:
“Enam perkara pokok yang harus dimiliki dalam mengharungi hidup adalah agama, ilmu, kekayaan, keperibadian yang baik, kesihatan, dan sikap pemaaf.” 
Elemen Agama diletakkan ditempat pertama dan terpenting untuk memberi kejayaan kepada kita dalam melayari kehidupan didunia yang penuh cabaran ini sama ada peranan kita sebagai ibubapa,anak2,masyarakat dan sebagainya.

Rashedah said
Sering kali kita mendengar ibu bapa mengikut kata anak, kononnya mereka sayangkan anak. Namun sejauh manakah berjayanya ibu bapa dalam mendidik anak jika mereka selalu mengikut kehendak anak yang sentiasa mahu hidup berada dalam kesenangan tanpa mempelajari erti kesusahan. Menyayangi anak bukan bererti memberi semua kehendak mereka, malahan hendaklah mendidik mereka menjadi insan yang bermanafaat kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Sekiranya ibu bapa mendidik anak dengan sempurna, insyaAllah anak menjadi taat kepada mereka.   

Roshaida said
Ibu bapa selalu dikatakan antara orang yang paling dekat dengan anak-anak. Ini kerana, ibu bapa adalah orang yang bersama mereka sejak dilahirkan. Dalam situasi ibu bapa mengikut kata anak atau anak yang mengikut kata ibu bapa itu sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana kedua-dua pihak ada peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ibu bapa perlu menurut kehendak anak mereka dalam sesetengah keadaan contohnya anak mereka menyatakan hasrat untuk mengahwini pasangan pilihan mereka yang ternyata baik dari segi agamanya. Ini tidak bermakna ibu bapa harus mengikut semua kehendak anak mereka atau mengikut kemahuan anak secara membuta-tuli, ia perlulah diselarikan dengan garis panduan agama.firman Allah s.w.t :
. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan daku (dalam ibadatmu) Dengan sesuatu Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah Engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan. (al-ankabuut: 8)
                Walaupun begitu, anak-anak wajib mengikut kata ibu bapa mereka yang mana ianya untuk kebaikan anak itu sendiri dan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti menyuruh untuk solat, puasa, pergi ke sekolah, menutp aurat dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah s.w.t :
 dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).  (al-Isra’: 23)

Faizah said
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu bapa lah yang mencorakkan peribadi anak-anak. Sejak dari kita lahir, ibu bapa adalah orang yang pertama kita jumpa dan ibu bapa yang menjaga kita dari bayi sampai kita dewasa mana mungkin kita sebagai seorang anak menyuruh ibu bapa kita mengikut telunjuk kita. Ibu bapa kita bersusah payah menyara hidup kita dan menyekolahkan kita supaya kita dapat berbakti kepada mereka suatu hari nanti. 

Nabilah said
Ibubapa ialah mereka yang menjaga kita semenjak kecil sehinggalah kita meningkat dewasa.
Merekalah tempat kita mencurah kasih sayang, mengadu segala masalah dan sebagainya yang selayaknya diterima sebagai ibubapa. Agama Islam  mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelaslah menunjukkan bahawa kita semua wajid mentaati dan berbuat baik kepada ibubapa, samada pada hari tua atau selepas mereka meninggal dunia. Namun , fenomena pada hari ini anak begitu berani menderhakai ibubapa mereka sampai segala keputusan dan tindakan atas arahan anaknya atau dengan kata lain ibubapa pada hari ini ikut telunjuk anak. Marilah kita cuba renung-renungkanlah kenapa dan bagaimana hal ini berlaku? Adakah kerana didikan agama yang diberikan tidak sempurna atau ibubapa tidak pandai mendidik anak-anak mereka ??
Pendirian saya adalah ibubapa  sendiri harus merenung dan bermusahabah kenapa cara didikan yang diberikan tidak berjaya dalam membentuk anak-anak kepada soleh dan solehah.  Anak adalah asset yang paling bernilai kepada ibubapa lebih-lebih anak yang soleh dan solehah. Anak-anak haruslah taat dan hormat kepada kedua ibubapa dan berbakti kepadanya walaupun mereka dah meninggal dunia. Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim).

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.”

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15).

Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam.

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim)

Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
 Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.
Kesimpulannya, di sini ibubapa yang memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mampu membentuk peribadi anak-anak  soleh dan solehah


Solehah said


Berkaitan dengan persoalan diatas,dua-duanya perlu.Tetapi bukan digunakan istilah ikut kata tetapi istilah itu patut ditukar kepada memahami.Ibu bapa perlulah memahami anak,dan begitu juga anak,perlu memahami ibu bapa.Ramai dalam kalangan ibu bapa kini yang sanggup mengikut kata anak kerana takut anak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini.Hal ini kerana,Ibu bapa kurang memahami anak-anaknya.Jika ibu bapa benar2 memahami anak-naknya pastinya tidak akan berlakunya masalah2 ibu bapa ikut kata2 anak,dan begitu juga sebaliknya.Hakikatnya,Ibu bapa perlulah memahami anak-anaknya.Bagaimana yang dikatakan ibu bapa perlu memahami anak-anaknya?Ibu bapa perlu faham dan tahu apa yang anak suka lakukan,apakah yang mudah mempengaruhi anak.Ramai dalam kalangan ibu bapa yang terlalu cepat mengalah apabila anak-anaknya tidak lagi mendengar kata mereka.Jadi mereka membuat keputusan untuk mendengar dan membiarkan sahaja apa yang anak hendak lakukan.Tidak sepatutnya hal ini terjadi.Ibu bapa yang memahami benar2 perihal anaknya pastinya tidak akan berhadapan dengan masalah ini.Namun jika masalah ini berlaku kepada ibubapa,ketahuilah bahawa ibu bapa itu sebenarnya kurang memahami perihal anak-anaknya.Walau apa carapun,ibu bapa tidak boleh biarkan sahaja anaknya melakukan kemungkaran .Perlu ditegur.Apatah lagi anak merupakan amanah Allah kepada ibu bapa.Jika ibu bapa membiarkan sahaj kemungkaran yang dibuat anak kerana takut kehilangan anak,ketahuilah bahawa ibu bapa itu sebenarnya bukanlah dalam kalangan ibu bapa yang amanah.Ibu bapa itu juga sebenarnya tidak benar2 menyayangi anaknya kerana Allah.Sepertimana anak yang wajib mentaati ibubapanya selagi mana yang disuruh tidak melanggar syariat begitu jugalah kepada ibu bapa.Ibu bapa juga perlu mentaati amanah Allah dan mendidik anaknya selagi mana ia bertepatan dengan syariat iaitu dengan menjaga anaknya dengan amanah,adil dan bijaksana.Anak adalah tanggungjawab ibu bapa.Ibu bapa tidak seharusnya takut kehilangan anak,tapi takutlah jika kehilangan Iman daripada anak dan iman diri sendiri.Kerana jika ibubapa biarkan sahaja anaknya melakukan kemungkaran maka hilanglah iman dalam diri anak.Lama kelamaan iman pun akan benar2 hilang dan ketika itu kita akan menjadi hamba yang paling rugi kerna tiada iman dihati..Jadi tanggungjawab ibu bapa untuk memhami dan memhamkan anak-anak mereka.


Anis said 
Sebagai anak mestilah mendengar nasihat ibubapa kearah dan akhirat.Sebagai anak kita  tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibubapa.Dengan senantiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa menjaga kebajikannya.

Adalah tidak sepatutnya seorang anak menyanggah atau menentang ibubapa.Layani dan hormati mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun.Dan adalah wajib kepada si anak untuk mendengar dan taat perintah ibubapa.Malah,bukan anak yang memerintah ibubapa.Kecuali ank itu boleh membantah kata ibubapa apabila ibubapa menyuruhnya membuat maksiat atau menukar agama..

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibubapa:

   Dan kami(ALLAH) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibubapanya.Ibunya telah mengandungkannya dgn menanggung kelemahan (dr awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun.(Oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua-dua ibubapamu.Dan (ingatlah)kapada Akulah juga tempat kembali(untuk memberi balasan) surah Luqman ayt 14..

Daripada firman itu(ALLAH) memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkn  berbuat baik  kepada ibubapa dan manusia wajib bersyukur serta berterima kasih kepada mereka..

Namun,tidak dinafikan juga bahawa,zaman kini ibubapa  lebih mengikut kata anak kerana ibubapa takut akan kehilangan anak-anak mereka.Banyak kita dapati di akhbar-akbar mengenai anak-anak remaja yang akan melarikan diri jika mereka ditegur sedikit kesalahan mereka.Hal ini adalh membimbang hati ibubapa.

Sebagai ibubapa juga perlu tegas dalm mendidik anak-anak.Bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya".Jangn sampai bubur mnjadi nasi baru menyesal...


 



1. Kenapa anak perempuan selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibu bapa. Bagaimana pula dengan anak lelaki?

Apa kata mereka?

Aina said
Maaf,saya tidak berapa setuju dengan soalan yang dikemukakan.Benarkah anak perempuan selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibu bapa berbanding anak lelaki? Saya rasa kedua-duanya mempunyai peratus yang sama kepada isu ini malah anak lelaki lebih hebat lagi dalam kebanyakan situasi.

Fatihah said
Firman Allah s.w.t :
                “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel(dengan berfirman): “janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setia.”
                                                                                                                                                                (Al-Baqarah:83)
                Anak perempuan mahupun lelaki tidak ada bezanya. Kedua2nya boleh menjadi anak yang soleh ataupun anak yang akan memeningkan kepala ibubapa. Selagi anak itu memahami tanggungjawabnya terhadap ibubapa selagi itu perkara ini tidak akan berlaku. Sama ada lelaki mahupun perempuan bukanlah persoalan kerana boleh jadi pak cik dan mak cik A mempunyai anak lelaki yang sukar dikawal dan tidak baik akhlaknya dan pak cik dan mak cik B pula amat pening kepala memikirkan cara untuk mendidik anaknya yang begitu liar. 
Al-‘ankabut:8
Luqman:14 n 15
Al-an’am:151

Rashedah said
Ramai yang mengaitkan anak perempuan dengan anak derhaka, mungkin kerana seorang anak perempuan setelah berumahtangga dia mesti mendahului suaminya berbanding ibu bapanya. Biarpun dia perlu mendahului suaminya, namun dia perlu menghormati dan menyayangi ibu bapanya. Saban hari juga kita mendengar berita-berita mengenai anak-anak perempuan yang sanggup meninggalkan ibu bapa semata-mata ingin mengikut teman lelaki. Hal ini amat menyedihkan kerana mereka lebih mementingkan teman lelaki berbanding ibu bapa yang banyak wajib ditaati.
Walau bagaimanapun, penderhakaan berlaku dikalangan anak lelaki terhadap ibu bapa juga sering kali kita dengar. Contohnya anak lelaki sanggup meninggalkan ibu bapa  sendiri dirumah orang tua, membunuh ibu bapa untuk membeli dadah dan seterusnya. Jesteru itu, tidak semua anak lelaki dan anak perempuan yang derhaka. Sekiranya begitu mungkin ada faktor lain yang menjadi asbab mereka derhaka. Antara faktor yang menjadikan anak-anak derhaka ialah cara didikan yang kurang sempurna dari ibu bapa. Sikap ibu bapa yang mementingkan pekerjaan mengakibatkan mereka leka terhadap didikan anak-anak. Disini kita boleh mengambil contoh teladan dari generasi dahulu yang mementingkan didikan anak-anak. Mereka membahagi tugas iaitu suami berkerja mencari nafkah untuk keluaga manakala isteri mendidik anak-anak serta menjaga keperluan keluarga. Jika kita perhatikan anak-anak yang didik dengan baik sangat mentaati ibu bapa mereka.

 Natijahnya, tidak semua anak lelaki dan anak perempuan yang derhaka. Biarpun, menjaga anak perempuan lebih susah berbanding dengan lelaki. Seperti yang digambarkan oleh pepatah yang mengatakan menjaga seorang anak perempuan lebih sukar dari sekandang lembu. 
Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Ini kerana anak-anak merupakan nikmat anugerah Allah Taala.    

Roshaida said
Ada pepatah mengatakan bahawa menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan, mengapa lembu sekandang diibaratkan lebih mudah berbanding dengan seorang anak perempuan ?? mungkin kerana anak perempuan perlu  dijaga dan diberi perhatian dengan  teliti, Allah Taala berfirman :

. dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar. (al-Anfaal: 28)
 Anak perempuan juga mempunyai tanggungjawab yang lebih terutama terhadap ibunya, firman Allah s.w.t :

. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). ( Luqman: 14)
Dia harus sentiasa membantu ibunya. Keengganan untuk menurut arahan ibu atau bapa inilah mungkin antara salah satu penyebab mengapa anak perempuan selalu menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Selain itu, pada pandangan saya, anak perempuan selalunya berfikiran agak cetek dan cepat memberontak atau menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sesuatu perkara yang mereka tidak suka.  Oleh kerana tindakan-tindakan mereka yang agak kurang disenangi oleh ibu bapa ini menyebabkan mereka mudah menjadi anak yang derhaka. 
Faizah said
Soalan ini agak rumit untuk dijawab dan ana memakan masa yang lama untuk menjawab soalan ini. Anak perempuan selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibu bapa mungkin kerana anak perempuan berbeza dengan anak lelaki. Anak perempuan perlu meminta izin daripada kedua ibu bapa berbanding anak lelaki yang bebas untuk keluar tanpa meminta izin. Even bkn niat anak perempuan nk derhaka, sebab tu apa yg ank prmpn nk buat dia kna bgtau ibu bapa. Lg satu, ank prmpn ni sbl dia khwin, ibu bapa la yg dia wajib taat jd apa-apa yg dia buat dia mesti bgtau ibu bapa.


Nabilah said

Bagi saya isu penderhakaan baik anak lelaki atau anak perempuan semua perlu diambil perhatian dari segi menangani masalahnya. Dewasa ini, seringkali kita mendengar ramai anak lelaki dan perempuan selalu menderhakai ibubapa mereka. Disebalik fenomena yang melanda masyarakat kita pada hari ini, adakah kita (ibubapa) mengkaji atau merenung kenapa anak-anak kita menjadi jahat dan nakal.  Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul  dan mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan dan diatasi. Namun apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Marilah kita sama renung kisah ini:
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, mendapati bahawa benarlah kata-kata dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa. Jadi disini boleh kita simpulkan bahawa tiada istilah kenapa anak perempuan atau anak lelaki , mana yang lebih ramai menderhakai ibubapa. Marilah kita sama –sama memperbaiki sikap kita, sebelum kita mendidik anak-anak kita.
Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terاahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkkanan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.
Ini juga bermakna disini, jika pemimpin hari ini risaukan generasi muda mudi hari ini yang sudah tidak beradab, betulkanlah peribadimu( pemimpin) dahulu untuk menjadi contoh yang baik. Ubahlah kepada amalan yang lebih berfaedah, seperti ucapan/zikir sebagai amalan seharian untuk diucapkan kepada umum.                        

Anis said
ALAM remaja menimbulkan seribu satu persoalan bagi remaja-remaja yang baru melangkah ke dunia baru ini terutamanya kepada remaja perempuan.Yangmana, mereka akan dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibubapa. Dalam usia yang masih muda serta masih belum ada arah tuju membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran terutama rakan sebaya.Justeru, tidak hairanlah semakin meningkat dewasa, anak lebih cenderung mengikut kata kawan berbanding ibu bapa sendiri.
Andai para remaja mungkin tidak  terpengaruh  terhadap tayangan-tayangan iklan di TV, mereka masih akan pula terpengaruh kepada  gayalaku  kawan-kawan sebaya mereka di dalam pergaulan seharian. Apa yang remaja lain buat, ingin pula ditiru oleh remaja lain lagi.

Seperti yang diketahui,zaman remaja adalah zaman yang mencabar kerana meraka masih tercari-cari identiti diri dan siapakah idola yang mereka perlu ikuti atau contohi.Dengan pemikiran yang belum cukup matang untuk membuat keputusan, mereka cuba menyelesaikan masalah mereka dengan meminta nasihat daripada kawan-kawan yang boleh untuk mereka percayai.Lebih malang lagi, kawan-kawan yang yang mereka percayai itu membawa  kepada keburukan tanpa mereka mereka sedari.

Persoalannya ,adakah anak perempuan yang selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibubapa? Kebiasaannya,anak perempuan yang akn dikaitkan dengan penderhakaan.Ini kerana mereka lebih mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.Lebih-lebih lagi jika anak perempuan itu mudah terpengaruh.Contoh yang dapat kita lihat sekarang,perubahan dari segi pakaian,sikap,  cara bergaul dan cara menyelesaikan masalah...Hal ini,menyebabkan banyak berlakunya “lari dari rumah’ tanpa berfikiran panjang....
Harus diingatkan juga,anak lelaki  tidak boleh di abaikan,mereka juga cepat terpengaruh dengan persekitaran yang tidak sihat jika tidak ada orang yang memimpin mereka kejalan yang betul.Kedua-dua anak ini adalah penting.Bagi ibubapa yang mahukan anak mereka menjadi anak yang baik.Peliharalah mereka dengan sebaik mungkin.Sesungguhnya ibubapa yang soleh akan melahirkan anak yang soleh...
Firman Allah:
al-Tur[52.21]: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

Saturday, January 15, 2011

Perkongsian

Bahawa orang yang berat kerana seksaannya di hari kiamat (dalam neraka) ialah orang yang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya. (riwayat ibnu Hibban)

Perkongsian

Iman Ahmad dan Hakim meriwayatkan daripada Uqbah bin Amir katanya, "Kemudian aku bertemu Rasulullah,lalu aku memegang tangannya sambil berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku amalan yang terbaik." Nabi saw bersabda, "Wahai Uqbah, sambunglah silaturrahim nkepada orang yang memutuskannya, berikanlah kepada orang yang tidak mahu memberikan sesuatu kepada kamu dan berpalinglah dari orang yang menzalimi kamu." Dalam riwayat lain disebutkan, "Maafkanlah orang yang menzalimi kamu".

Monday, January 10, 2011

Perkongsian

Sofyan Tsauri berkata: "Orang yang menduga bahawa dia dapat hidup esok hari tidak akan dapat menyiapkan dirinya untuk menghadapi mati." Beliau juga berkata: "Di antara cabang-cabang taat adalah mengingati mati dan di antara cabang-cabang maksiat adalah lupa akan mati."

Perkongsian

AbuDarda' ra berkata: jangan kamu jadikan ibadat kepada Allah sebagai bala di atas kamu." Seseorang bertanya kepada beliau,"Bagaimana itu boleh terjadi?". Beliau menjawab:"Perbuatan yang telah ditetapkan untuk kamu dikerjakan akan tetapi kamu tidak melaksanakannya".