hayyan nasma'

Sunday, January 16, 2011

1. Kenapa anak perempuan selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibu bapa. Bagaimana pula dengan anak lelaki?

Apa kata mereka?

Aina said
Maaf,saya tidak berapa setuju dengan soalan yang dikemukakan.Benarkah anak perempuan selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibu bapa berbanding anak lelaki? Saya rasa kedua-duanya mempunyai peratus yang sama kepada isu ini malah anak lelaki lebih hebat lagi dalam kebanyakan situasi.

Fatihah said
Firman Allah s.w.t :
                “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel(dengan berfirman): “janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setia.”
                                                                                                                                                                (Al-Baqarah:83)
                Anak perempuan mahupun lelaki tidak ada bezanya. Kedua2nya boleh menjadi anak yang soleh ataupun anak yang akan memeningkan kepala ibubapa. Selagi anak itu memahami tanggungjawabnya terhadap ibubapa selagi itu perkara ini tidak akan berlaku. Sama ada lelaki mahupun perempuan bukanlah persoalan kerana boleh jadi pak cik dan mak cik A mempunyai anak lelaki yang sukar dikawal dan tidak baik akhlaknya dan pak cik dan mak cik B pula amat pening kepala memikirkan cara untuk mendidik anaknya yang begitu liar. 
Al-‘ankabut:8
Luqman:14 n 15
Al-an’am:151

Rashedah said
Ramai yang mengaitkan anak perempuan dengan anak derhaka, mungkin kerana seorang anak perempuan setelah berumahtangga dia mesti mendahului suaminya berbanding ibu bapanya. Biarpun dia perlu mendahului suaminya, namun dia perlu menghormati dan menyayangi ibu bapanya. Saban hari juga kita mendengar berita-berita mengenai anak-anak perempuan yang sanggup meninggalkan ibu bapa semata-mata ingin mengikut teman lelaki. Hal ini amat menyedihkan kerana mereka lebih mementingkan teman lelaki berbanding ibu bapa yang banyak wajib ditaati.
Walau bagaimanapun, penderhakaan berlaku dikalangan anak lelaki terhadap ibu bapa juga sering kali kita dengar. Contohnya anak lelaki sanggup meninggalkan ibu bapa  sendiri dirumah orang tua, membunuh ibu bapa untuk membeli dadah dan seterusnya. Jesteru itu, tidak semua anak lelaki dan anak perempuan yang derhaka. Sekiranya begitu mungkin ada faktor lain yang menjadi asbab mereka derhaka. Antara faktor yang menjadikan anak-anak derhaka ialah cara didikan yang kurang sempurna dari ibu bapa. Sikap ibu bapa yang mementingkan pekerjaan mengakibatkan mereka leka terhadap didikan anak-anak. Disini kita boleh mengambil contoh teladan dari generasi dahulu yang mementingkan didikan anak-anak. Mereka membahagi tugas iaitu suami berkerja mencari nafkah untuk keluaga manakala isteri mendidik anak-anak serta menjaga keperluan keluarga. Jika kita perhatikan anak-anak yang didik dengan baik sangat mentaati ibu bapa mereka.

 Natijahnya, tidak semua anak lelaki dan anak perempuan yang derhaka. Biarpun, menjaga anak perempuan lebih susah berbanding dengan lelaki. Seperti yang digambarkan oleh pepatah yang mengatakan menjaga seorang anak perempuan lebih sukar dari sekandang lembu. 
Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Ini kerana anak-anak merupakan nikmat anugerah Allah Taala.    

Roshaida said
Ada pepatah mengatakan bahawa menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan, mengapa lembu sekandang diibaratkan lebih mudah berbanding dengan seorang anak perempuan ?? mungkin kerana anak perempuan perlu  dijaga dan diberi perhatian dengan  teliti, Allah Taala berfirman :

. dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar. (al-Anfaal: 28)
 Anak perempuan juga mempunyai tanggungjawab yang lebih terutama terhadap ibunya, firman Allah s.w.t :

. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). ( Luqman: 14)
Dia harus sentiasa membantu ibunya. Keengganan untuk menurut arahan ibu atau bapa inilah mungkin antara salah satu penyebab mengapa anak perempuan selalu menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Selain itu, pada pandangan saya, anak perempuan selalunya berfikiran agak cetek dan cepat memberontak atau menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sesuatu perkara yang mereka tidak suka.  Oleh kerana tindakan-tindakan mereka yang agak kurang disenangi oleh ibu bapa ini menyebabkan mereka mudah menjadi anak yang derhaka. 
Faizah said
Soalan ini agak rumit untuk dijawab dan ana memakan masa yang lama untuk menjawab soalan ini. Anak perempuan selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibu bapa mungkin kerana anak perempuan berbeza dengan anak lelaki. Anak perempuan perlu meminta izin daripada kedua ibu bapa berbanding anak lelaki yang bebas untuk keluar tanpa meminta izin. Even bkn niat anak perempuan nk derhaka, sebab tu apa yg ank prmpn nk buat dia kna bgtau ibu bapa. Lg satu, ank prmpn ni sbl dia khwin, ibu bapa la yg dia wajib taat jd apa-apa yg dia buat dia mesti bgtau ibu bapa.


Nabilah said

Bagi saya isu penderhakaan baik anak lelaki atau anak perempuan semua perlu diambil perhatian dari segi menangani masalahnya. Dewasa ini, seringkali kita mendengar ramai anak lelaki dan perempuan selalu menderhakai ibubapa mereka. Disebalik fenomena yang melanda masyarakat kita pada hari ini, adakah kita (ibubapa) mengkaji atau merenung kenapa anak-anak kita menjadi jahat dan nakal.  Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul  dan mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan dan diatasi. Namun apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Marilah kita sama renung kisah ini:
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, mendapati bahawa benarlah kata-kata dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa. Jadi disini boleh kita simpulkan bahawa tiada istilah kenapa anak perempuan atau anak lelaki , mana yang lebih ramai menderhakai ibubapa. Marilah kita sama –sama memperbaiki sikap kita, sebelum kita mendidik anak-anak kita.
Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terاahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkkanan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.
Ini juga bermakna disini, jika pemimpin hari ini risaukan generasi muda mudi hari ini yang sudah tidak beradab, betulkanlah peribadimu( pemimpin) dahulu untuk menjadi contoh yang baik. Ubahlah kepada amalan yang lebih berfaedah, seperti ucapan/zikir sebagai amalan seharian untuk diucapkan kepada umum.                        

Anis said
ALAM remaja menimbulkan seribu satu persoalan bagi remaja-remaja yang baru melangkah ke dunia baru ini terutamanya kepada remaja perempuan.Yangmana, mereka akan dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibubapa. Dalam usia yang masih muda serta masih belum ada arah tuju membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran terutama rakan sebaya.Justeru, tidak hairanlah semakin meningkat dewasa, anak lebih cenderung mengikut kata kawan berbanding ibu bapa sendiri.
Andai para remaja mungkin tidak  terpengaruh  terhadap tayangan-tayangan iklan di TV, mereka masih akan pula terpengaruh kepada  gayalaku  kawan-kawan sebaya mereka di dalam pergaulan seharian. Apa yang remaja lain buat, ingin pula ditiru oleh remaja lain lagi.

Seperti yang diketahui,zaman remaja adalah zaman yang mencabar kerana meraka masih tercari-cari identiti diri dan siapakah idola yang mereka perlu ikuti atau contohi.Dengan pemikiran yang belum cukup matang untuk membuat keputusan, mereka cuba menyelesaikan masalah mereka dengan meminta nasihat daripada kawan-kawan yang boleh untuk mereka percayai.Lebih malang lagi, kawan-kawan yang yang mereka percayai itu membawa  kepada keburukan tanpa mereka mereka sedari.

Persoalannya ,adakah anak perempuan yang selalu dikaitkan dengan penderhakaan terhadap ibubapa? Kebiasaannya,anak perempuan yang akn dikaitkan dengan penderhakaan.Ini kerana mereka lebih mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.Lebih-lebih lagi jika anak perempuan itu mudah terpengaruh.Contoh yang dapat kita lihat sekarang,perubahan dari segi pakaian,sikap,  cara bergaul dan cara menyelesaikan masalah...Hal ini,menyebabkan banyak berlakunya “lari dari rumah’ tanpa berfikiran panjang....
Harus diingatkan juga,anak lelaki  tidak boleh di abaikan,mereka juga cepat terpengaruh dengan persekitaran yang tidak sihat jika tidak ada orang yang memimpin mereka kejalan yang betul.Kedua-dua anak ini adalah penting.Bagi ibubapa yang mahukan anak mereka menjadi anak yang baik.Peliharalah mereka dengan sebaik mungkin.Sesungguhnya ibubapa yang soleh akan melahirkan anak yang soleh...
Firman Allah:
al-Tur[52.21]: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

No comments:

Post a Comment