hayyan nasma'

Tuesday, January 25, 2011

Talqin… untuk siapa ? yang mati atau yang bernyawa ? Apakah keperluannya dalam kehidupan ?


Bacaan talkin
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za
iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”...sumber (Riwayat Istiqamah)

Roshaida said
Talqin…sesuatu yang selalunya akan dibaca oleh imam-imam selepas selesai pengkebumian jenazah seseorang yang meninggal dunia. Persoalannya, talqin ini dibacakan untuk siapa? Adakah untuk si mati yang telah dicabut roh dari jasadnya atau untuk orang-orang sekeliling atau ahli keluarga yang berada disekitar tanah perkuburan tersebut?
            Jika orang yang meninggal tersebut mendengar talqin yang dibacakan itu, dia tidak boleh kembali ke dunia semula untuk membetulkan kembali segala kesilapan yang pernah dia lakukan ketika masih hidup. Jadi, orang-orang yang berada di sekitar perkuburan tersebut, yang mendengar isi kandungan talqin itu seharusnya mengambil pengajaran daripada talqin itu.
Firman Allah SWT
 dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu Dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa Yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang Yang soleh "(al-munafiqun :10)
            Apabila saat kematian kita telah tiba, kita akan meninggalkan segala harta benda kita di dunia dan kita sekali-kali tidak akan dapat kembali ke dunia semula untuk menambahkan amal kebajikan seperti bersedekah, solat sunat, puasa sunat, qiamullail, dan banyak lagi. Oleh itu, sementara nyawa ini masih dipinjamkan Allah kepada kita, semestinya kita harus menyediakan sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa ke dunia yang kekal. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh.
Firman Allah SWT:
 tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.(ali Imran: 185)

Fatihah said

Dalam kitab : fikhul sunnah karangan sheikh sabit iaitu syeikh azhar yang mana Kitab ini mengandungi 3 jilid. Imam syafi’e mengatakan; talkin adalah sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan hadis yang mafhumnya :
“Apabila diratakan kubur, maka kita disunatkan kita berkata pada mayat ;wahai fulan ucaplah lailahaillah 3x. tuhan kamu adalah Allah, islam adalah agama kamu, dan nabi Muhammad saw adalah nabi kamu.”

Hadis yang lainnya mafhumnya ; “apabila salah seorang daripada kamu mati dan telah diratakan tanah, Maka salah seorang daripada kamu hendaklah berada di kepala mayat dan berkata ; wahai fulan bin fulahah 3x. seruan pertama, mayat akan menyahut, seruan kedua, mayat menyahut dan berkata ajarkan aku, maka imam hendaklah berkata hendaklah kamu cakap allah adalah tuhan kamu, nabi rasul kamu, alquran adalah pegangan kamu. Maka ketika itu munkar dan nakir datang ketika imam sedang mengajar mayat tersebut, maka munkar dan nakir masing-masing memegang tangan sesama sendiri dan bercakap sesama sendiri, mari kita pulang kerana mayat ini telah di ajar.”
Akan tetapi hadis ini sangat dikritik sanadnya oleh para ulama’ lain terutamanya ulama’ hadis.
Ada ulama’ yang mengaitkan hukum sunat talkin dengan peristiwa perang badar. “ Nabi saw telah berkata dengan orang kafir yang telah mati, nabi sebut nama seorang2 mayat dan berkata; adakah kamu dapati janji itu benar? Abu bakar bertanya : adakah mereka mendengar? Nabi saw bersabda: Bahkan mereka lbh dengar.”
Akan tetapi ulama’ hadis cakap peristiwa ini adalah khusus untuk nabi dan merupakan keistimewaan baginda. Buktinya mengikut imam syafi’e, sunat talkin dengan tidak menggunakan hadis ini sebagai sandaran.
Manakala menurut Imam Maliki dan Imam Ahmad bin hanbal; sesungguhnya talkin adalah makruh.
Ada orang bertanya Imam Ahmad b. hanbal ; “adakah talkin adalah budaya agama islam dari turun temurun?” Imam Ahmad menjawab; “talkin bukan budaya islam dan jangan dikaitkan dengan amalan nabi dan para sahabat kerana nabi dan shbt tidak pernah melakukannya. Talkin adalah budaya orang syam lebih2 lagi ketika kematian Abu Mungirah.

Berdasarkan  keterangan di atas, talkin adalah dibolehkan oleh ulama’ ini adalah untuk di ambil pengajaran oleh orang yang masih hidup, tetapi budaya talkin di Malaysia banyak menyimpang. Contohnya ; kebanyakannya tidak menginsafkan orang yang masih hidup tetapi mengajar orang yang mati untuk menjawab soalan kubur..lagi jauh apabila ada yang membawa payung hitam,cerek n lain-lainnya.

Nabilah said

Pada pandangan saya bacaan talkin adalah satu lagi contoh amalan yang diada-adakan dalam agama. Amalan itu membazir, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir. Lantas, ia tidak harus kita jadikan amalan  harian bagi umat Islam ketika berlakunya kematian.
Ketika berlakunya kematian segala  perhubungan antara manusia terputus dan yang pergi bersama kita hanyalah amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah
Firman Allah Taala : Tidak akan sampai daging dan darahnya itu kepada Allah, hanya yang sampai kepada Allah ialah ketaqwaan (kepatuhan menjalankan kewajipan).Demikianlah Dia menundukkan untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang membuat kebaikan. Surah Al- Hajj(22).
Lagipun, bagi pandangan saya apa guna kita membaca talkim kepada si mati kerana orang-orang yang mati tidak boleh mendengar. Maka apakah faedahnya mengajar orang mati seperti yang didapati dalam bacaan talkin? Nama si mati diseru dan dia diajar jawapan kepada soalan-soalan malaikat yang kononnya akan menyoal. Sebenarnya, sesi diajar soal jawab tersebut tidak dapat membantu ketika menghadapi seksaan kubur, hanya amalan dan iman kita yang dapat membantu dalam menghadapi seksaan kubur kelak.
Tetapi, ada juga kata sesetengah pihak yang menganjur majlis bacaan talkin bahawa bacaan talkin itu, ujar mereka, adalah untuk orang yang hidup yang berada di situ. Pulak begitu!
Walaubagaimanapun, ingatlah selagi kita hidup perbanyakkanlah amal ibadat , meninggalkan segala larangan Allah dan Rasul. Oleh itu, disebabkan kita hidup dalam suasana yang penuh dengan kemaksiatan, eloklah kita kembali bertaubat dan mengamalkan segala perintah Allah Taala. Apatah lagi pada hari ini pintu-pintu maksiat semakin terbuka luas dan umat Islam terdedah kepada godaan untuk melakukan maksiat. 

Anis said

Mahasuci Tuhan Dan Segala Puji bagi-Mu yang bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji  kekuatan hati hamba-hambanya untuk menerima qada’ dan qadar yang ditentukan oleh ALLAH.
Dalam tajuk yang akan kita bahaskan iaitu “Talkin-umum untuk siapa?Simati atau yang masih bernyawa?”.Tahukah kita apa itu talkin??
MAKNA TALKIN
Pada Bahasa
Tafhim yaitu memahamkan atau memberi faham (Kamus al Muhith, Juz IV, hal. 268)
Mengajar atau memberi ingat (Kamus al marbawi, hal. 255)
Memberi peringatan dengan mulut secara berhadapan (Munjid, hal. 780)
PADA ISTILAH

Mengajar kepada orang yang akan mati kalimah tauhid iaitu "La Illaaha Illal Lah"
Mengingatkan orang yang sudah mati dan baru sahaja dikuburkan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi Malaikat Munkar dan Nakir yang akan datang menanyai mereka.
 Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Wahai Abu Hurairah, talqinkanlah orang-orang yang telahmati dengan lafaz ‘La ila ha illallah’ sebab talqin itu dapat menghancurkan dosa-dosa’.Maka aku bertanya,”Ini bagi orang-orang yang sudah mati,bagaimana pula bagi orang-orang yang masih hidup?”. Nabi menjawab,” Bagi orangyang masih hidup; talqin itu lebih dapat menghancurkan dosa-dosa “.Maka dapatlah kita ketahui lagi dengan lebih jelas,bahawa takin itu khususnya untuk simati.Dengan adanya talkin,ia dapat memberi keinsafasan kepada yang masih bernyawa.Para ulama’ juga telah bersepakat bahawa hukum mentalkinkan orang yang sudah mati adalah sunat dan diberi pahala kepada orang yang mengerjakannya dan berfeadah kepada mayat yang ditalkinkan itu. Ini berdasarkan kepada beberapa nash (fatwa yang nyata) dalam kitab-kitab fekah dalam Mazhab Shafie yang sudah lama beredar diseluruh dunia.
Namun,apakah keperluannya dalam kehidupan? Seperti keterangan di atas,talkin dapat memberi keinsafan kepada mereka yang masih bernyawa.Ia juga  memberi  peringatan bahawa kematian adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangkakan.Amat menakutkan lagi,jika kematian itu datang tanpa  sempat untuk bertaubat. Secara peribadi bagi saya, Talkin sangat bermanfaat karna mengingatkan kita tentang realitinya kematian, soalan-soalan yang akan ditanyakan di dalam kubur, dan takdirnya sebuah ruh sementara menunggu hari kebangkitan. Tidak ada salahnya memberi nasihat, malah itu adalah amalan bagus yang dianjurkan oleh Islam. Tidak penting, sama ada Talkin itu dibacakan atau tidak, kerana Islam tidak mewajibkannya. Apa yang penting adalah pembacaan Talkin tidak seharusnya mengganggu Aqidah seseorang muslim. Penting untuk kita tahu bahwa Talkin itu tidak wajib dalam Islam. Maka, dalam Islam bukanlah berdosa jika tidak membacakan Talkin.

Rashedah said
Diriwayatkanoleh Al-Tabranidari Abu Umamahr.a, menalkin jenazah setelah pemakanan adalah sunnah. Matan hadis yang berbunyi, “jika salah seorang di antara saudaramu meninggal dunia dan kuburnya telah diratakan hendaklah salah seorang diantaramu berdiri dekat kepala kubur dan mengatakan, ‘haifulan bin fulan,….ingatlah apa yang kau bawa sebagai bekal tatkala meninggal dunia, iaitu mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah  dan Muhammad adalah hamba dan  Utusan Allah. Engkau telah redai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Nabi, dan Al-Quran sebagai panduan.
Pada pandangan saya, talkin-umm bukannya untuk simati bahkan untuk mereka yang masih bernyawa.Ini kerana kandungan dalam talkin yang berkaitan denganapa yang dikerjakan semasa hidup kita. Oleh yang demikian, kitadigalakkan untuk menziarahi dan mengiringi jenazah ke perkuburan.Jesteru,  kita yang masih hidup hendaklah mengambil iktibar atas apa yang berlaku serta mengingatkan akan kematian kita.
والله اعلم

No comments:

Post a Comment