hayyan nasma'

Tuesday, January 25, 2011

Husnul qadimah penentu husnul khotimah? Apakah sepadan kedua-duanya?

Solehah said
بسم الله الرحمن الرحيم
             Husnul qadimah bermaksud permulaan yang baik manakala khusnul khotimah membawa makna pengakhiran yang baik.Dalam konteks kedua2 maksud husnul ini membawa maksud yang sangat luas.Dimana ada permulaan pastinya ada pengakhirannya.Dimana ada pengakhiran sudah tentu dimulai dengan suatu permulaan.Dan diantara permulaan dan pengakhiran itu dilalui dengan perjalanan.Dan perjalanan itulah yang sebenarnya menentukan kesepadanan permulaan dan pengakhiran.Sering kali kita mendengar,permulaan yang baik tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang baik.Dan permulaan yang buruk tidak semestinya di akhiri dengan pengakhiran yang buruk jua.Mengapa kita tidak mampu menjamin khusnul qadimah pastinya berakhir dengan khusnul khotimah jua?Kerana perancangan Allah yang sangat luas.Subhanallah!Bagaimana kita mampu melampaui perancangan Allah untuk kehidupan kita.
             Jika kita telusuri beberapa kisah,bagaimana seseorang yang permulaan kehidupannya sangat baik dan perjalanan hidupnya sangat baik namun apabila tiba di pengakhiran kehidupannya,adalah suul khotimah.Mungkin sahaja dalam perjalanan kehidupannya yang dilalui dengan baik itu tidak benar-benar disandarkan kepada Allah semata.Kebaikan yang dilakukan sepanjang perjalanannya itu hanyalah disandarkan untuk kebaikan dirinya sendiri agar dipandang baik oleh manusia bukan dipandang baik oleh Allah.Tidak benar-benar meletakkan Allah sebagai sandaran utama.Tiada yang tetap dan kekal di dunia ini.Bahkan hati kita sendiri sentiasa berbolak balik.Bahkan iman kita jua yazid wa yanqus.Pokok pangkalnya,bebalik semula kepada diri kita dalam menguruskan hati dan iman bagi perjalanan hidup kita sentiasa dalam keaadaan yang baik bagi mencapai pengakhiran yang baik jua.
           Satu kisah,seorang ulama' yang sangat alim.Sangat mengawal nafsunya daripada terpedaya dengan permainan syaitan.Suatu ketika di uji akan hati dan imannya.Dimana beliau diajak untuk bersama meminum arak.Pada mulanya ajakan sahbatnya ditolak.Namun si A'lim terpedaya jua dengan pujukan temannya dan akhirnya bukan sahaja si A'lim meminum arak bahkan selepas itu dia meniduri seorang wanita dalam keadaan separuh sedar.Dan apabila si A'lim tersedar dari mabuknya,dia berasa menyesal dan terlalu takut akan dipertanggungjawabkan.Akhirnya,dia membunuh wanita yang ditidurinya.Maka disini apa yang kita boleh lihat,bagaimana semulia manusia boleh menjadi serendah-rendah manusia.Hanya disebabkan menganggap dosa yang kecil itu perkara yang remeh temeh.
           Satu kisah jua,seorang pelacur yang diangkat darjatnya dengan di janjikan syurga Allah hanyalah kerana dia membantu seekor anjing yang dalam kehausan dan boleh mengakibatkan anjing tersebut mati.Dia sanggup mengorbankan kasutnya dan diisi kasutnya dengan air lalu diberikan kepada anjing tersebut.Disebabkan itu,anjing itu dapat hidup lagi.
          Berkaitan dengan kisah2 diatas,jelaslah Allah mengangkat darjat sesorang hambanya bukanlah bergantung kepada permulaan yang baik dalam kehidupannya tetapi Allah mengangkat darjat seseorang itu bergantung kepada kebaikan yang dibuat semasa dalam perjalanan kehidupannya.Boleh jadi seseorang itu di mulai dengan permulaan yang baik namun apabila tiba dipertengahannya sudah mula menuju ke lorong yang buruk dan akhir kehidupannya mendapat suul khotimah.Begitu juga sebaliknya.Tuntasnya,Husnul qadimah tidak akan dapat menjamin husnul khotimah jika diwasotiyah perjalanan kehidupannya tidak dihiasi dengan segala kebaikan yang bersandar kepada Allah semata.

Mengapa darjat tidak dapat menentukan khusnul khotimah?

الناس سواسية كأسنان المشط ,لا فضل لعربي على عجمي ,ولا لأبيض على أسود ,ولا لأحمر على أصفر ,كلكم لآدم ,وآدم من تراب .رواه البخاري

              Manusia itu sama sahaja seperti barisan gigi sikat.Tiada yang lebih samada orang Arab mahupun orang asing,Tiada yang lebih samada yang putih mahupun yang hitam,yang merah mahupun yang kuning.Semuanya adalah bani Adam.Dan Adam itu berasal dari tanah.

             Jelas di hadis ini bagaimana Rasulullah s.a.w menegaskan,manusia itu sama sahaja.Tiada yang membezakannya melainkan taqwa.Begitu jugalah dengan persoalan di atas.Mengapa darjat tidak dapat menentukan khusnul khotimah?jawapan yang sangat mudah.Kerana taqwa.Darjat Taqwa yang menentukan khusnul atau suul seseorang itu dipengakhiran hidupnya.



Roshaida said

Setiap manusia mengharapkan mereka tergolong dalam golongan yang mendapat husnul khatimah. Adapun, seseorang yang melalui husnul qaddimah tidak semestinya akan melalui husnul khatimah. Ini kerana, sebagaimana yang kita ketahui musuh utama kita iaitu syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam hingga hari kiamat.  Dalam kehidupan ini juga banyak dugaan dan ujian yang Allah sediakan untuk menguji sejauh mana keimanan seseorang itu.  
 Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi. (al-munafiqun : 9)

            Allah s.w.t tidak memandang rupa paras, pangkat dan darjat seseorang hamba itu tetapi Dia memandang kepada iman dan taqwa hambaNya. Oleh itu, tidak kira kita cantik, hodoh, kaya, atau miskin, kita tetap sama disisi Allah, kerana hanya taqwa sahaja yang membezakan kita dalam pandanganNya.
Fatihah said
Husnulkhatimah ialah idaman semua manusia yang hidup yang percaya dan yakin suatu saat nanti akan datangnya apa yang dinamakan kematian. Kita selalu berdoa beberapa kali setiap hari mengharap belas kasihan dari Allah swt untuk mati dalam iman(husnulkhatimah). Namun kita sebagai manusia perlulah sedar untuk mendapatkan sesuatu memerlukan usaha begitu juga jika mahukan kebahagiaan di sana kelak perlu menggunakan persinggahan kita didunia ini menjadi persinggahan yang tidak sia-sia. Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada pangkat dan darjat seseorang tetapi sejauh mana amalannya didunia. Jika baik amalannya dan perbuatannya di dunia maka baiklah pengakhirannya. 

Aina said
Husnulqadimah adalah penentu husnulkhatimah kerana permulaan yang baik dapat menentukan pengakhiran yang baik begitu juga sebaliknya.Tetapi ia juga bergantung kepada rahmat Allah s.w.t. Mengenai darjat pula, ia tidak dapat menentukan husnulkhatimah kerana itu tidak dipandang oleh Allah s.w.t melainkan iman dan taqwa.  

Anis said
Setiap hamba  Allah yang berjalan diatas manhajnya yang lurus  pasti sangat mengharapkan husnul qadimah seterusnya membawa kepada husnul khatimah.Bagi muslim yang senantiasa mengejar Cinta dan Reda NYA tidak akan putus doa untuk mengharapkan pengakhiran yang baik sehinggalah sampai waktu ajalnya tiba.Namun,adakah permulaan yang baik akan berakhir dengan baik?Maka tetaplah hatimu dengan janji ALLAH yang mana yakin dengan balasan yang akan  diberikan oleh  ALLAH.
Firman ALLAH SUBHANAALLAHUTAALA : (Surah Al-Luqman: 16)
“Wahai anakku!Sungguh jika ada (sesuatu perbuatan)seberat biji sawi,berada dalam berada dalam batu atau di langit atau di bumi,nescaya ALLAH akan memberinya(balasan).Sesungguhnya ALLAH Maha Halus,Maha Teliti.”
Dalam ayat ini,dapatlah kita huraikan bahawa sekecil mana perbuatan yang kita lakukan sama ada ia perbuatan yang baik atau buruk tetap di balas oleh ALLAH.Namun,kita sebagai hambaNYA harus jelas dan yakin dengan husnul qadimah sebagai penentu husnul khatimah sama ada ALLAH akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan secara cepat(di dunia) atau lambat(di akhirat).Maka,sebagai umat yang  sentiasa mengharapkan husnul khatimah terutamanya di akhirat nanti,lakukanlah sesuatu perkara itu dengan mengharapkan Rahmat dan RedaNYA.
Dalam konteks ini,untuk mencapai husnul khatimah,Darjat sesorang tidaklah dipandang oleh ALLAH tetapi apa yang ALLAH lihat kepada hambaNya ialah keihlasannya dalam melakukan sesuatu ibadah kepada TUHAN yang dicintainya dengan hanya  mengharapkan RedaNya.Hatta,dalam solat sekalipun, ALLAH tidak melihat berapa banyak bilangan solat yang kita lakukan tetapi yang dilihat ALLAH  keihlasannya dalam melakukan ibadah. 
Berdasarkan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wassalam:
“Barangsiapa mengucapkan ‘laa ilaaha illallah’ dengan berharap akan keridhaan Allah, dan diakhir hidupnya mengucapkannya, maka ia akan masuk surga. Dan, barangsiapa yang berpuasa sehari mengharap keridhaan Allah kemudian mengakhiri hidupnya dengannya (puasa), maka ia masuk surga. Dan barangsiapa bersedekah mencari ridha Allah dan menyudahinya dengan (sedekah) maka ia akan masuk surga”(HR. Ahmad)
Tammat walhamdulillahi rabbil alamiin. Mudah-mudahan Allah menjadikan akhir hidup kita husnul khatimah dan memasukkannya dalam golongan orang-orang yang mati syahid amin.

Rashedah said
Husnul qaddimah merupakan permulaan hidup kita yang baik, namun permulaan hidup yang baik bukanlah penentu husnul khatimah.Untuk mendapatkan husnul khatimah kita hendaklah selalu mengingati maut. Sekiranya terleka hendaklah bersegera mengingati Allah.
Walaubagaimana pun darjat seseorang tidaklah menentukan husnulkhatimah, sebagaimana yang dijelaskan olehFirman Allah Taala:
            Ketahuilah, sesungguhnyakehidupanduniaituhanyalahpermainandansendagurauan, perhiasandansalingberbangga di antarakamusertaberlumbadalamkekayaandananakkaturunan, sepertihujan yang tanam-tanamannyamengagumkanparapetani; kemudian (tanaman) menjadikeringdankamumelihatnyawarnanyakuningkemudianhancur.Dan di akhirat (nanti) adaazab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan Allah. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. (Surah Al-hadid:20)
Jesteru, kesenangan dunia hanyalah sementara sahaja.Olehitu, Husnulkhatimah menentukan kehidupan di alam akhirat dan perjalanan untuk menuju ke syurga lebih mudah. Sekiranya kehidupan di duniaberakhir dengan buruk, maka perjalanan yang seterusnya amat dahsyatsekali.Sepertidiazab di dalam kubur dan seterusnya.




No comments:

Post a Comment