hayyan nasma'

Monday, January 24, 2011

kullu nafsin zaiqatul maut...apakah kefahamn anda tentang ayat ini dalam mengaplikasikannya dalam khidupn seharian?

Solehah said
بسم الله الرحمن الرحيم
"Setiap manusia pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat.Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dijauhkan daripad syurga,maka dia sesungguhnya telah beruntung.Kehidupan ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan."(Ali Imran:185)

Sungguh kematian itu tidak akan dapat dipisahkan bagi setiap yang bernyawa.Tiada yang kekal di dunia ini.Sedang yang tidak bernyawa juga tidak kekal apatah lagi yang bernyawa.Rasulullah s.a.w pernah menegaskan orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati.Jika kita sentiasa mengingati mati setiap saat bahkan setiap detik,pastinya kita akan melalui hari demi hari dengan penuh berhati-hati.Takut-takut andainya melakukan maksiat samada kecil mahupun besar.Bimbang jika tidak sempat bertaubat daripad kesalahan yang dilakukan.Tiap kali membaca,mendengar dan melihat ayat ini "Setiap manusia pasti akan merasai mati",pasti bergetar hati kerana memikirkan bagaimana pengakhiran hidup nanti.Adakah khusnul khotimah ataupun sebaliknya.

Para Ulama' mengkiaskan nyawa seperti daun-daun di pokok yang rendang.Daun-daun ini akan gugur pada bila-bila masa sahaja.Tidak kira samada daun itu hijau,kuning,tua atau muda.Begitu jugalah kita.Kematian akan menjemput nyawa ke tempat asalnya pada bila-bila masa.Tanpa diketahui bila,dimana dan bagaimana.Ketahuilah,semakin jauh perjalanan hidup kita semakin dekat jua pengakhiran hidup kita.Sedarlah,semakin bertambah umur kita,semakin dekat ajal kita.Bersediakah kita?Kita mestilah sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi saat-saat kembalinya kita ke tempat asal kita.Sepertimana mahasiswa dan mahasiswi yang sentiasa bersiap-siap untuk menghadapi final exam dalam dewan examination.Kita juga adalah mahasiswa dan mahasiswi yang akan menemui final kehidupan dan akan memasuki dewan ukhrawi.Sudah bersediakah kita?Adakah sempurna semua assignment yang kita buat di dunia.Adakah carry mark kita di dunia mampu membantu result final exam ukhrawi?

Ulama menyebut,orang yang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara:

1)Dia akan segera bertaubat kepada Allah
2)Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
3)Dia akan rajin beribadah

Dan begitu juga sebaliknya,manusia akan dihinakan dengan 3 perkara bilamana dia melupai akan mati:

1)Dia lupa bertaubat pada Allah
2)Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
3)Malas beribadah kepada Allah

Janganlah mengharap untuk mati,tetapi yakinlah dan ingatlah yang bernyawa pasti akan merasai mati.


Roshaida said
“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati” , begitulah maksud firman Allah s.w.t dalam kitab suciNya. Ini bermakna, setiap makhluk Allah yang bernyawa akan melalui, merasai dan mengharungi detik kematian mereka. 
 Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".( al-jumu’ah : 8 )

Persoalannya di sini, sejauh manakah kita bersedia untuk menghadapi saat kematian tersebut? yang mana ianya tidak diketahui masa dan keadaannya.
            Oleh kerana kita tidak mengetahuinya, semestinya kita perlu bersedia dan mempersiapkan bekalan sebelum menghadapinya.

 Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan. (al-hasyr : 18 )

Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Oleh itu, kita harus sentiasa muhasabah diri supaya tidak leka dengan perhiasan dunia yang sementara ini kerana kita semua akan kembali ke alam yang kekal iaitu akhirat.

Fatihah said
Ayat ini merupakan janji Allah swt kepada semua makhlukNya yang hidup bahawa Allah swt menjanjikan kematian kepada semua tidak kiralah siapapun kita, tidak dapat mengelak apabila ianya datang.Ayat ini sewajarnya dan seharusnya dihayati dan diingati selalu untuk mejadi pedoman kita dalam menjalani kehidupan lading akhirat ini.  
Telah bersabda Rasulullah s.a.w “Banyak-banyaklah mengingat perosak kelazatan”.Ertinya dengan itu kita patahkan kelazatan hingga putus tiang-tiangnya untuk kemudian mengadap kepada Allah swt.Juga Rasulullah saw telah bersabda, “kalau binatang itu tahu tentang kematian sebagai apa yang diketahui oleh anak Adam, engkau tidak akan memakannya hingga gemuk.”
Telah berkata Aisyah, “Ya Rasulullah, adakah seseorang yang dihimpunkan bersama para syuhada?” Rasulullah menjawab, “Iaitu orang yang mengingati mati sehari semalam dua puluh kali.”
Dan akhirnya, seseorang yang mengingati kematian itu ada tiga keadaan iaitu:
1.orang yang terjebak dalam keduniaan.
Orang yang pertama yang sudah terjebak ke lembah keduniaan, lazimnya jarang sekali dia mengingati mati. Walaupun dia mengingatinya pada suatu saat, yang jelas difikirkan apabila dia sudah meninggal dunia ialah sudah tentu harta bendanya tidak akan dibawa serta. Jadi,dia amat bersedih hati untuk menemui kematian itu. Walaupun hartanya banyak, dia tetap menyedihkan kerana walau bagaimana sekalipun jua pasti akan ditinggalkan segalanya. Oranng seperti ini terus mencela kematian dan seolah-olah enggan untuk menghadapinya. Oleh sebab itu, jika dia ingat kepada kematian, dia tidak akan mendekatkan diri pada Allah swt melainkan semakin jauh.
2.orang yang bertaubat.
Dia memperbanyakkan ingatan tentang kematian dengan tujuan agar dapat menimbulkan ketakutan dan ketakwaan dalam jiwanya. Dengan begitu, taubatnya dapet disempurnakan.
3.orang yang menyedari terus menerus.
Orang ini sentiasa mengingati kematian dan dengan tabah akan menghadapi kehadirannya. Sebabnya ialah kerana dia sedar bahawa saat kematian itu adalah merupakan saat yang amat bahagia baginya. Dia dapat bertemu dengan kekasihnya. Ingatlah bahawa seseorang yang mencintai sesuatu pasti tidak akan terlalai sedikitpun untuk menemui kekasihnya. Satu-satunya kekasih bagimorang yang sedemikian adalah Allah swt.   
Aina said
Kullu nafsin zaaikatul maut bererti setiap yang hidup pasti akan mati. Apa yang saya faham dalam mengaplikasikan dalam kehidupan seharian adalah bagaimana kita akan tetap menghadapi saat kematian dan apakah persediaan dan bekal yang bakal kita bawa untuk menyelamatkan diri kelak dari azab dan siksa neraka . Kiita seharusnya dan semestinya meyakini akan ayat tersebut, memahami dan merasainya agar kita benar-benar bersedia untuk menghadapi sakaratulmaut.

Nabilah said
Manusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasai oleh hawa nafsu dan  hidup dibelenggu dengan perbuatan maksiat amat sedikit mengingati kematian. Ada mungkin sama sekali tidak pernah mengingati kehadiran malaikat  maut membawa perintah Allah untuk meragut nyawanya. Golongan seperti ini jauh sekali ingin mengingati  kematian, malah tidak timbul perasaan takut dan sedih kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapinya di akhirat kelak.
Allah Taala berfirman:
Maksudnya:
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yamg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga sesungguhnya dia telah berjaya. Dan( ingatlah) kehidupan di dunia ini ( yang diliputi segala kemewahan dan pangkat) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.- surah Ali Imran : 185
Ketahuilah, kematian pasti akan dihadapi oleh seluruh umat manusia tanpa mengenal bangsa, kedudukan, kekayaan mahupun golongan yang gagah perkasa. Tiada sesiapapun yang boleh melarikan diri dari menghadapi kematian. Waktu kematian itu telah ditetapkan oleh Allah dan tidak ada seorangpun yang boleh mempercepatkan atau menangguhkannya
Oleh itu, kita sebagai manusia dan juga hamba Allah marilah kita sama –sama mengingati mati kerana dengan mengingati mati membuatkan kita lebih berwaspada dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kita akan sentiasa berusaha menurut perintah Allah dan meninggalkan laranagannya.
Di sini saya nyatakan antara langkah-langkah terbaik bagi kita mengingati kematian ialah;
1.      Kita hendaklah mengenangkan ahli keluarga, sahabat handai mahupun sesiapa yang telah menpengaruhi hidup kita yang telah meninggal dunia. Harta kekayaan, kedudukan dan juga sanjungan kini telah terpisah daripadanya. Kita hendaklah serap dalam jiwa kita bahawa kematian juga pasti akan menjemput kita dan kita juga bakal keseorangan di alam kubur.
2.      Kita hendaklah sentiasa menziarahi kubur kerana ia dapat membantu kita mengingati bahawa kita juga akan menghadapi nasib yang serupa .
3.      Islam juga menganjurkan kita untuk menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengkuburan seorang muslim yang lain kerana sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita tentang kematian.
Anis said
Setiap yang hidup pasti  akan pergi menemui  Ilahi.Allah swt telah merahsiakan beberapa item untuk kita bersedia dan sentiasa beringat antara satu sama lain.Antaranya hari kiamat,bumi mana yang ditimpa hujan,dan yang paling penting MASA MATI,TEMPAT KEMATIAN adalah termasuk antara perkara yang dirahsiakan Allah swt.Yang mana jika kita berpegang dan yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Tidak ada seorangpun yang tahu, bila maut akan mendatanginya. Tetapi kedatangannya adalah sebuah kepastian. Seringkali anak Adam sedang lalai ketika maut menjemputnya, menghasilkan sebuah su’ul khatimah. Betapa ruginya…
“Sering-seringlah dzikrul maut, mengingat bahwa kita suatu saat akan mati. Insya Allah, kita akan menjadi semakin dekat dengan Allah”.Dalam halini,sentiasa mengingati adalah perlu untuk kita sentiasa insaf dan dapat mengislahkan diri untuk menjadi hambanya untuk mendapat keredaanNya di saat-saat sakaratul maut terutamanya kerana dikhuatiri disaat malaikat hendak mencabut nyawa,kita termasuk dalam golongan yang kufur malah susah untuk menyebut nama ALLAH..Nauzubillah...
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,
“Pada suatu hari,Rasulluah masuk ke tempat sembahyang dan bagida melihat beberapa orang bergelak ketawa dan berbual kosong.Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup,nescaya kamu akan menjadi sibuk(tekun beribadat)sepertimana Aku melihat kematian.“Oleh itu,perbanyakkanlah  mengingati mati kerana tidak berlaku satu hari melainkan kubur akan berkata,”Aku rumah kesepian,Aku rumah keseorangan,Aku rumah tanah dan Aku rumah ulat dan cacing”. “Apabila dikebumikan hambaNaya yang beriman,maka kubur berkata kepadaNya “Marhaban wa ahlan(ucapan selamat datang),kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan atas belakangku,dan apabila aku menerimamu hari ini,lihatlah apa yang aku lakukan kepada kamu”.
Oleh itu,senantiasalah untuk mengingati ALLAH dan berdoalah kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan sama ada di dunia juga diakhirat.
“Usia umpama harta..Bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya.Harta yang berkat,sedikitnya mencukupi,banyaknya boleh diagih-agihkan.Begitulah usia yang berkat,pendeknya bermanfaat,panjangnya melimpah kebaktian.”




1 comment:

  1. Wynn Las Vegas Tickets & Event Space - JTM Hub
    Tickets for 나주 출장마사지 events in 안동 출장샵 Las Vegas, 보령 출장샵 Nevada, including upcoming Wynn Las Vegas events, 구리 출장샵 will also be 군산 출장마사지 available for purchase through the Wynn Resorts Website.

    ReplyDelete