hayyan nasma'

Sunday, January 16, 2011

2. Ibu bapa ikut kata anak atau anak ikut telunjuk ibu bapa?

Apa kata mereka?

Aina said
Berkenaan soalan yang kedua, mengikut pemerhatian saya, saya berpendapat bahawa ibubapa lebih banyak mengikut telunjuk anak-anak. Ini disebabkan alasan kononnya mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah dan merasakan kepahitan yang mereka lalui sewaktu mereka kecil dahulu.Hasilnya, apa sahaja permintaan ditunaikan. Malah,ia menjadi lebih teruk apabila ibubapa memberi kebebasan penuh kepada anak-anak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu.Kepercayaan terlampau yang diberikan kepada anak-anak akan menyebabkan mereka menyalahgunakannya ke arah keburukan.

 Fatihah said
Apabila ditanya persoalan diatas, banyak situasi yang dapat kita lihat di dalam masyarakat kita sekarang. Fenomena zaman kini kebanyakannya kita dapat lihat  ibubapa yang mengikut kata anak2 dalam banyak hal, tidak kiralah dalam soal apapun. Pada pandangan positif, persoalan yang perlu kita ambil berat ialah, tidak kiralah ibubapa mengikut kata anak ataupun sebaliknya, selagimana kita sebagai anak2 menjaga dari segi menjalankan kewajipan yang sepatutnya kepada mereka dan memberikan hak2 yang sepatutnya anak tunaikan kepada mereka jadi, selagi itu perkara ini tidak menjadi masalah. Jika kita lihat ibubapa sekarang ini lebih terbuka untuk memberi anak2 mereka peluang memikirkan sesuatu perkara dan membuat keputusan mereka sendiri tanpa adanya kongkongan daripada ibubapa mereka. Ibubapa member pandangan dan nasihat dan keputusannya terlatek ditangan anak. Jika dilihat dari sudut negetif pula, semua apa yang diingini oleh anak akn diberi oleh ibubapa dan akhirnya anak2 diibaratkan sebagai tuan pula dan ibubapa dibuat seperti orang suruhan dan orang gaji. Bak kata Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni:
“Enam perkara pokok yang harus dimiliki dalam mengharungi hidup adalah agama, ilmu, kekayaan, keperibadian yang baik, kesihatan, dan sikap pemaaf.” 
Elemen Agama diletakkan ditempat pertama dan terpenting untuk memberi kejayaan kepada kita dalam melayari kehidupan didunia yang penuh cabaran ini sama ada peranan kita sebagai ibubapa,anak2,masyarakat dan sebagainya.

Rashedah said
Sering kali kita mendengar ibu bapa mengikut kata anak, kononnya mereka sayangkan anak. Namun sejauh manakah berjayanya ibu bapa dalam mendidik anak jika mereka selalu mengikut kehendak anak yang sentiasa mahu hidup berada dalam kesenangan tanpa mempelajari erti kesusahan. Menyayangi anak bukan bererti memberi semua kehendak mereka, malahan hendaklah mendidik mereka menjadi insan yang bermanafaat kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Sekiranya ibu bapa mendidik anak dengan sempurna, insyaAllah anak menjadi taat kepada mereka.   

Roshaida said
Ibu bapa selalu dikatakan antara orang yang paling dekat dengan anak-anak. Ini kerana, ibu bapa adalah orang yang bersama mereka sejak dilahirkan. Dalam situasi ibu bapa mengikut kata anak atau anak yang mengikut kata ibu bapa itu sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana kedua-dua pihak ada peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ibu bapa perlu menurut kehendak anak mereka dalam sesetengah keadaan contohnya anak mereka menyatakan hasrat untuk mengahwini pasangan pilihan mereka yang ternyata baik dari segi agamanya. Ini tidak bermakna ibu bapa harus mengikut semua kehendak anak mereka atau mengikut kemahuan anak secara membuta-tuli, ia perlulah diselarikan dengan garis panduan agama.firman Allah s.w.t :
. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan daku (dalam ibadatmu) Dengan sesuatu Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah Engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan. (al-ankabuut: 8)
                Walaupun begitu, anak-anak wajib mengikut kata ibu bapa mereka yang mana ianya untuk kebaikan anak itu sendiri dan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti menyuruh untuk solat, puasa, pergi ke sekolah, menutp aurat dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah s.w.t :
 dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).  (al-Isra’: 23)

Faizah said
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu bapa lah yang mencorakkan peribadi anak-anak. Sejak dari kita lahir, ibu bapa adalah orang yang pertama kita jumpa dan ibu bapa yang menjaga kita dari bayi sampai kita dewasa mana mungkin kita sebagai seorang anak menyuruh ibu bapa kita mengikut telunjuk kita. Ibu bapa kita bersusah payah menyara hidup kita dan menyekolahkan kita supaya kita dapat berbakti kepada mereka suatu hari nanti. 

Nabilah said
Ibubapa ialah mereka yang menjaga kita semenjak kecil sehinggalah kita meningkat dewasa.
Merekalah tempat kita mencurah kasih sayang, mengadu segala masalah dan sebagainya yang selayaknya diterima sebagai ibubapa. Agama Islam  mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelaslah menunjukkan bahawa kita semua wajid mentaati dan berbuat baik kepada ibubapa, samada pada hari tua atau selepas mereka meninggal dunia. Namun , fenomena pada hari ini anak begitu berani menderhakai ibubapa mereka sampai segala keputusan dan tindakan atas arahan anaknya atau dengan kata lain ibubapa pada hari ini ikut telunjuk anak. Marilah kita cuba renung-renungkanlah kenapa dan bagaimana hal ini berlaku? Adakah kerana didikan agama yang diberikan tidak sempurna atau ibubapa tidak pandai mendidik anak-anak mereka ??
Pendirian saya adalah ibubapa  sendiri harus merenung dan bermusahabah kenapa cara didikan yang diberikan tidak berjaya dalam membentuk anak-anak kepada soleh dan solehah.  Anak adalah asset yang paling bernilai kepada ibubapa lebih-lebih anak yang soleh dan solehah. Anak-anak haruslah taat dan hormat kepada kedua ibubapa dan berbakti kepadanya walaupun mereka dah meninggal dunia. Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim).

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.”

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15).

Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam.

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim)

Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
 Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.
Kesimpulannya, di sini ibubapa yang memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mampu membentuk peribadi anak-anak  soleh dan solehah


Solehah said


Berkaitan dengan persoalan diatas,dua-duanya perlu.Tetapi bukan digunakan istilah ikut kata tetapi istilah itu patut ditukar kepada memahami.Ibu bapa perlulah memahami anak,dan begitu juga anak,perlu memahami ibu bapa.Ramai dalam kalangan ibu bapa kini yang sanggup mengikut kata anak kerana takut anak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini.Hal ini kerana,Ibu bapa kurang memahami anak-anaknya.Jika ibu bapa benar2 memahami anak-naknya pastinya tidak akan berlakunya masalah2 ibu bapa ikut kata2 anak,dan begitu juga sebaliknya.Hakikatnya,Ibu bapa perlulah memahami anak-anaknya.Bagaimana yang dikatakan ibu bapa perlu memahami anak-anaknya?Ibu bapa perlu faham dan tahu apa yang anak suka lakukan,apakah yang mudah mempengaruhi anak.Ramai dalam kalangan ibu bapa yang terlalu cepat mengalah apabila anak-anaknya tidak lagi mendengar kata mereka.Jadi mereka membuat keputusan untuk mendengar dan membiarkan sahaja apa yang anak hendak lakukan.Tidak sepatutnya hal ini terjadi.Ibu bapa yang memahami benar2 perihal anaknya pastinya tidak akan berhadapan dengan masalah ini.Namun jika masalah ini berlaku kepada ibubapa,ketahuilah bahawa ibu bapa itu sebenarnya kurang memahami perihal anak-anaknya.Walau apa carapun,ibu bapa tidak boleh biarkan sahaja anaknya melakukan kemungkaran .Perlu ditegur.Apatah lagi anak merupakan amanah Allah kepada ibu bapa.Jika ibu bapa membiarkan sahaj kemungkaran yang dibuat anak kerana takut kehilangan anak,ketahuilah bahawa ibu bapa itu sebenarnya bukanlah dalam kalangan ibu bapa yang amanah.Ibu bapa itu juga sebenarnya tidak benar2 menyayangi anaknya kerana Allah.Sepertimana anak yang wajib mentaati ibubapanya selagi mana yang disuruh tidak melanggar syariat begitu jugalah kepada ibu bapa.Ibu bapa juga perlu mentaati amanah Allah dan mendidik anaknya selagi mana ia bertepatan dengan syariat iaitu dengan menjaga anaknya dengan amanah,adil dan bijaksana.Anak adalah tanggungjawab ibu bapa.Ibu bapa tidak seharusnya takut kehilangan anak,tapi takutlah jika kehilangan Iman daripada anak dan iman diri sendiri.Kerana jika ibubapa biarkan sahaja anaknya melakukan kemungkaran maka hilanglah iman dalam diri anak.Lama kelamaan iman pun akan benar2 hilang dan ketika itu kita akan menjadi hamba yang paling rugi kerna tiada iman dihati..Jadi tanggungjawab ibu bapa untuk memhami dan memhamkan anak-anak mereka.


Anis said 
Sebagai anak mestilah mendengar nasihat ibubapa kearah dan akhirat.Sebagai anak kita  tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibubapa.Dengan senantiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa menjaga kebajikannya.

Adalah tidak sepatutnya seorang anak menyanggah atau menentang ibubapa.Layani dan hormati mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun.Dan adalah wajib kepada si anak untuk mendengar dan taat perintah ibubapa.Malah,bukan anak yang memerintah ibubapa.Kecuali ank itu boleh membantah kata ibubapa apabila ibubapa menyuruhnya membuat maksiat atau menukar agama..

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibubapa:

   Dan kami(ALLAH) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibubapanya.Ibunya telah mengandungkannya dgn menanggung kelemahan (dr awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun.(Oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua-dua ibubapamu.Dan (ingatlah)kapada Akulah juga tempat kembali(untuk memberi balasan) surah Luqman ayt 14..

Daripada firman itu(ALLAH) memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkn  berbuat baik  kepada ibubapa dan manusia wajib bersyukur serta berterima kasih kepada mereka..

Namun,tidak dinafikan juga bahawa,zaman kini ibubapa  lebih mengikut kata anak kerana ibubapa takut akan kehilangan anak-anak mereka.Banyak kita dapati di akhbar-akbar mengenai anak-anak remaja yang akan melarikan diri jika mereka ditegur sedikit kesalahan mereka.Hal ini adalh membimbang hati ibubapa.

Sebagai ibubapa juga perlu tegas dalm mendidik anak-anak.Bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya".Jangn sampai bubur mnjadi nasi baru menyesal...


 



No comments:

Post a Comment